Laman Utama

Dipanggil Sund*l, Anak Anj*ng Gara-Gara Post Video PM Sakit Kanser, Linda Rafar Buat Laporan Polis!

Amri Hassan
03/08/2021
11:50 MYT
Gara-gara memuat naik sepotong video tribut kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bergelut dengan kanser, akaun Instagram pelakon Linda Rafar diserang netizen biadab.
Selain menulis komen-komen menjengkelkan di hantaran video berkenaan, Linda turut menerima kiriman mesej kecaman dan dicemuh dengan perkataan kasar seperti betin* sund*l, anak b*b* dan anak anj*ng.
Bagi memberikan pengajaran kepada pelaku, Linda tampil membuat laporan polis di Balai Polis Shah Alam bagi menyiasat lebih lanjut perkara terbabit.
"Undang-undang negara tetap ada.. jangan ingat dengan cara sebar fitnah terang-terang di Twitter, Facebook, Instagram anda semua terlepas ye!!!!!
"Walaupun anda guna akaun palsu atau sunting gambar sebarkan jangan fikir awak semua terlepas hukum dunia!!! Just wait and see.. Allah maha melihat... takbir Allahuakbar!!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!" tulis Linda.
Amaran Linda lagi, orang ramai terutama pengguna media sosial tidak seharusnya memperlekehkan undang-undang negara dan jangan menyebar fitnah berkenaan dirinya atau Muhyiddin.
"Jangan main-main dengan undang-undang negara. Kepada semua netizen yang sebarkan fitnah terhadap Linda dan PM Muhyiddin Yassin di laman sosial Twitter, Facebook dan Instagram (walaupun anda sudah padamkan dan cuba sekat akaun saya), peguam saya sudah mengumpul bukti. Jangan ingat boleh lari," tegasnya.
Situasi Linda itu mendapat reaksi peminat dan rakan selebriti yang turut menyatakan sokongan terhadap tindakannya.
"Makin kurang ajarkan, tak ada segan silu dah nak PM macam tak ada mak atau adik perempuan! I selalu juga kena I delete,l block, malas fikir," kata Salina Saibi.
"Allahuakbar! Dimanakah perginya perasaan hormat terhadap manusia lain dan wanita. Semoga diberikan petunjuk dan hidayah Allah. Simpati atas apa yang berlaku kepada Linda," tambah Anuar Zain.
"Ya Allah. Biadab sungguh ek! Apa nak jadilah dengan manusia dan budak-budak zaman sekarang ni?" sahut Datin Elvina Mohamad.
"Siapa mak bapak dia agaknya ya, kasihan dorang dapat anak macam ni. Kalau anak aku dah lama kena ganyang mulut tu," tambah Didie Alias.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Miss Universe Malaysia 2024 Tidak Dibuka Kepada Peserta Beragama Islam

gempak
05/07/2024
01:55 MYT
Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) mengambil pendekatan diplomatik untuk tidak membuka penyertaan kepada peserta beragama Islam.
Hiburan

"Ada Lelaki Tawarkan RM10,000, Dia Ajak Saya ..." - Andyoso

gempak
04/07/2024
21:55 MYT
Penyanyi muda Andyoso mendedahkan pernah menerima tawaran daripada seorang lelaki yang mahu membayar sejumlah wang RM10,000 untuk keluar bersama.
Viral

Bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono Buat Persembahan Di Pestapora 2024

gempak
04/07/2024
15:57 MYT
Festival muzik Pestapora akan kembali dengan edisi untuk tahun 2024.
Hiburan

Suami Baca Taklim Sebelum Tidur, Rutin Rumah Tangga Sakinah Mawaddah Warahmah Dahlia Rizal

gempak
04/07/2024
14:50 MYT
Pempengaruh media sosial Dahlia Rizal menjadikan alaman membaca taklim bersama suami sebagai rutin sebelum tidur.
Gaya Hidup

"Senaman Berat Waktu Malam Boleh Cetus Serangan Jantung" - Pakar

gempak
04/07/2024
13:50 MYT
Walaupun senaman amat digalakkan, namun senaman berat pada waktu malam boleh mengganggu kualiti tidur yang menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung bagi sesetengah individu.