Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Diperakui Badan Antarabangsa, Fazura Akan Terus Bersuara Isu Negara Palestin - “Itu Adalah Jihad Kecil Saya..”

Umirah Halim
23/07/2024 16:00 MYT
Seringkali aktif dalam menyuarakan hal berkaitan negara Palestin, pelakon Fazura tidak terkesan sekiranya kurang mendapat tawaran bekerjasama jenama antarabangsa.

Percaya dengan rezeki

Sebaliknya, wanita berusia 40 tahun itu percaya dengan rezeki yang sudah ditetapkan.

“Ramai yang risau saya tak dapat job tapi itu adalah jihad saya, Allah tahu niat saya tapi saya tak risau sebab Allah yang tentukan rezeki saya, jadi saya tak risau. Mudah-mudahan kita sama-sama untuk suarakan isu Palestin ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Koleksi Merdeka Prospec KPM x Fazura.


BERITA TRENDING: “Saya Dan Fattah Okay, Kami Cuma Sibuk” - Fazura

BERITA TRENDING: “Inilah Peneman Saya” - Keluarga Sentiasa No. 1, Fattah Amin Jadikan Foto Fazura & Fatima Sebagai Wallpaper Telefon Bimbit


Sementara itu, Fazura turut menjadi selebriti yang dijemput menerusi kolaborasi hantaran bersama di media sosial memperjuangkan solidariti penduduk di negara bergolak itu.

“Sebenarnya saya post sahaja ini merupakan jihad kecil saya, saya tak pasti permulaan bagaimana tetapi di Instagram itu memang daripada pihak mereka yang jemput saya untuk kolaborasi.

“Ada juga yang mesej saya dan bantuan yang kami lakukan itu bersama jadi dari situ la kami bersama-sama sebarkan dan bersuara mengenai Palestin.

BERITA TRENDING: Luah Rasa Risau Babak Tunggang Kuda, Fazura Nafi Berbadan Dua - “Saya Berdoa Setiap Hari Semoga Tak Jatuh”

BERITA TRENDING: “Bukan Nak Kata Jadi BFF Dan Sebagainya… Sekadar Tak Nak Berpanjangan” - Neelofa

Dalam pada itu, Fazura turut sempat memperjelaskan mengenai pendiriannya yang memilih untuk tidak terlalu memaparkan kehidupan peribadinya bagi menghormati isu yang membabitkan Palestin.

“Sebab itu juga saya memilih untuk memaparkan kehidupan peribadi saya sebab bagi saya tak adil untuk saya tunjukkan kehidupan saya, ramai bayi dan kanak-kanak terkorban disana jadi saya rasa tak patut saya nak paparkan kebahagiaan saya,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, viral dakwaan rumah tangga Fazura dan Fattah Amin bergolak berikutan jarang memuat naik foto bersama di media sosial sejak beberapa bulan yang lalu.
#Fazura #Palestin #Kecil #Badan #Suara #Jihad