Laman Utama

Diperli Jadi Mentua Terbaik, Ibu Syamsul Bidas - “Saya Bukan Ibu Yang Baik Kalau Sokong Anak Buat Salah & Aniaya Isteri”

Mya Amri
23/03/2023
22:50 MYT
Ibu kepada pengarah Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir netizen yang seolah-olah memerli status dirinya sebagai ibu mentua kepada Puteri Sarah.
“Mentua terbaik versi Malaysia. Bertuahnya Puteri Sarah dapat mentua yang beri sokongan pada menantu,” tulis netizen itu merujuk kepada kenyataan di sebuah sebuah portal.
Patimah bagaimanapun menerusi ruangan komen membalas kembali coretan netizen berkenaan.
Menurut Patimah, sebagai seorang ibu dia tidak akan sesekali menyokong perbuatan yang dilakukan Syamsul terhadap isteri pertamanya iaitu Puteri Sarah.
“Kalau awak jadi ibu, nak ke tengok anak awak sesat ke neraka! Saya bukan seorang ibu yang baik kalau menyokong anak buat salah dan aniaya isteri yang melahirkan cucu-cucu saya.
“Mungkin awak bapa kepada penyondol yang tak pernah bagi nasihat yang baik!” bidasnya.
Terdahulu, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Selasa.
Syamsul mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.
Tidak berdiam diri, Puteri Sarah kemudiaannya memfailkan hak penjagaan anak-anak (hadanah) penuh di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Rabu.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwn pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Berita

Penoreh Getah Mengaku Tak Bersalah Rog*l Anak Kandung

gempak
24/07/2024
06:49 MYT
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Hiburan

Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

gempak
22/07/2024
08:55 MYT
Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Zainuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.
Berita

Stroller Bayi Kembar Terjatuh Di Landasan Keretapi, Dua Maut! - "Tindakan Ayahnya Sangat Berani Walau Akhirnya ..."

gempak
22/07/2024
05:45 MYT
Seorang kanak-kanak dan bapanya terbunuh dirempuh keretapi apabila kereta sorong bayi yang dinaiki mangsa berusia dua tahun itu terjatuh di landasan stesen Carlton di selatan Sydney, pada Ahad.