Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dipilih Inteam Untuk Rabiatul Adawiyah 2024, Khai Bahar; "Lagu Ini Sangat Disukai Arwah Ibu Saya"

Amri Hassan
09/03/2024 12:13 MYT
Selepas 23 tahun lagu berjudul Rabiatul Adawiyah dipopularkan oleh kumpulan Inteam, kini mereka memilih Khai Bahar untuk tampil bersama dalam pembikinan nyanyian semula lagu ini dengan judul Rabiatul Adawiyah 2024 (RA24)

Kata Syah Inteam, kerjasama bersama Khai Bahar menerusi remake Setanggi Syurga pada tahun 2020 mendapat sambutan luar biasa sekaligus menjadikan projek kedua mereka menjadi realiti pada tahun ini.

"Kami pernah bekerjasama dengan Khai Bahar di dalam 'remake' lagu Setanggi Syurga sebelum ini pada tahun 2020, dan kami melihat kerjasama tersebut sangat serasi dan mendapat sambutan hangat dari peminat serta suara Khai juga sesuai dengan lagu-lagu Inteam," katanya.

BERITA TRENDING: “Kita Jangan ‘Expect’ Selebriti Agama, Nasyid Seperti Malaikat” - Hazamin Inteam

A post shared by Inteam (@official_inteam)


Sementara itu, akui Khai, minatnya pada lagu-lagu Inteam melancarkan projek kolaborasi terbabit.

"Saya memang meminati lagu-lagu Inteam dan pernah menyanyikan lagu-lagu mereka secara 'cover' di media sosial.

"Lebih istimewa lagi, lagu Rabiatul Adawiyah ini adalah di antara lagu yang sangat disukai oleh arwah Ibu saya, dan pastinya ia menggamit nostalgia yang indah," katanya.

BERITA TRENDING: #GMWA23: Gandingan Duet Khai Bahar & Nabila Razali, Selagi Ku Ada Dinobat Video Muzik Tergempak, Kalahkan…

BERITA TRENDING: Ibu Khai Bahar Meninggal Dunia

Untuk rekod, lagu Rabiatul Adawiyah pernah dimuatkan di dalam album Inteam berjudul Impian Kasih yang dilancarkan pada tahun 2001. Lagu ciptaan Munif Ahmad dari Kumpulan Hijjaz dan lirik oleh Abdul Kahar ini mengisahkan tentang serikandi sufi bernama Rabiatul Adawiyah.

"Lagu ini sangat bermakna untuk dihayati lebih-lebih lagi dengan ketibaan Ramadan kerana ia menceritakan kisah perjalanan seorang hamba Allah iaitu serikandi yang mencari Tuhannya dan akhirnya hanya meletakkan cinta Allah di dalam hatinya mengatasi segala-galanya" jelas Hazamin menceritakan tentang maksud lagu ini.

"Susunan muzik oleh Chaan kali ini lebih segar dan mengikut arus semasa namun tidak sesekali menghilangkan keaslian dan penghayatan asal lagu ini. Durasi lagu juga dipendekkan sedikit dengan sebahagian besar lagu dinyanyikan Khai Bahar dan sebahagian lagi oleh Inteam sendiri," tambah Rahim Inteam.

Apabila ditanya mengapa sering menghasilkan lagu lama nyanyian semula dan tidak lagu baru, Hisyam menjawab sudah menjadi kebiasaan Inteam.

"Sebenarnya sejak sebelum pandemik, kami telah menghasilkan lebih 10 lagu baru seperti Labbaikallah, Love of God, I Love Muhammad, Sollu Alan Nabi, Gapura, Selimut Kasih dan lain-lain, cuma sudah menjadi kebiasaan bagi kami menjelang Ramadan untuk menyanyikan semula lagu lama dan berduet dengan artis arus perdana.

"Ini kerana lagu-lagu lama ini ada unsur nostalgia dan kami cuba memperkenalkan semula lagu-lagu berkualiti terdahulu kepada generasi sekarang yang mungkin masih belum dilahirkan ketika lagu ini dilancarkan dahulu," jelasnya.

Lagu Rabiatul Adawiyah 2024 dilancarkan pada 8 Mac 2024 dan kini berada di seluruh platform digital seperti Spotify, Deezer, Apple music, Kkbox termasuk rangkaian Youtube Inteam Digital.

PILIHAN PEMBACA: “Terbayang Saya Ambil Pisau Rodok Diri Sendiri” - Khai Bahar Pernah Diserang Anxiety

#Khai Bahar #Lagu #Nasyid #Remake #Inteam #Rabiatul Adawiyah
;