Laman Utama
“Dipping Sos Bukan Cap Ayam, Bahan Premium,” - Didakwa Biskut Harga Kayangan, Shuhada Perjelas Salah Faham Netizen
Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan menjual produk makanan dengan harga tidak masuk akal.
Shuhada menerusi hantaran di akaun Instagramnya memaklumkan harga tersebut bersesuaian dengan bahan-bahan premium yang digunakan untuk membuat biskut jenama Shelup Shelup itu.
Malah jelas Shuhada, tiga jenis sos cicah yang dihasilkan juga tidak menggunakan cokelat sembarangan sebaliknya setaraf dengan hotel lima bintang.
“Dipping sauce kita bukan dipping sauce cap ayam. Bukan dipping sauce murahan seperti yang dicanang oleh makcik bawang tu.
“First, Shu bagi nama Milky Chocolato yang obviously flavor milk chocolate yang famous satu dunia. Semua pun familiar.
“Second, Bueno Bueno yang filling Kinder Bueno hazelnut white chocolate tu. Lastly, Caramel Sauce ala ala dessert kat hotel 5 bintang. Teringat buka puasa kat hotel.
“Crumbs pula, bukan crumb biasa ya. Biscoff and Oreo. Nak cicah dua crumbs sekali pun boleh, harga biscoff and oreo tak murah ya. Kita kata premium, kita bagi premium,” jelasnya.
Tambah Shuhada lagi, harga bagi produk makanannya itu juga bersesuaian dengan kuantiti biskut dan juga pelbagai jenis sos yang ditawarkan kerana boleh dinikmati seisi keluarga.
“Untuk yang first tengok Shelup Shelup, jangan cepat melompat. Dalam satu box #ShelupShelup, ada 6 jenis Cookies. bukan 6 ketul ya.
“Memandai je yang comment tu #SatuTakCukup, memang lepas makan satu cookies, confirm nak satu lagi.
“Sebab memang banyak combination menarik boleh dicuba. Maksudnya?
“Shu sediakan 6 cookies yang boleh dicelup dalam 3 balang dipping sauce. Kemudian, ada 2 crumbs untuk dicelup lagi untuk hasilkan extra rangup dalam pengalaman mencelup kita.
“Harga memang bukan untuk makan sorang. Kuantiti dalam pun boleh share satu keluarga,” maklumnya.
Terdahulu, netizen mendakwa produk makanan keluaran Shuhada dijual terlalu mahal dan melabelkan RM179 itu sebagai harga kayangan.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada berkahwin pada 30 April 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Bagaimanapun Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu.
Shuhada kemudiannya memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari.
Kes pengesahan lafaz cerai itu akan disebut pada 21 Mac ini.
Must-Watch Video