Laman Utama

“Buat Permohonan Maaf Tapi Masih Berhubung” - Shuhada Dedah Kantoi Kali Kedua Punca Ditumbuk

gempak
Mya Amri
06/03/2023
05:50 MYT
Sponsor Banner
“Buat Permohonan Maaf Tapi Masih Berhubung” - Shuhada Dedah Kantoi Kali Kedua Punca Ditumbuk
Kantoi kali kedua berhubungan dengan orang ketiga dikatakan menjadi punca pelakon, Hafidz Roshdi bertindak menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri sebanyak tiga kali pada bahagian muka.
Perkara itu didedahkan Shuhada menerusi ruangan komen selepas ditanya oleh seorang pengikutnya mengenai punca dia ditumbuk oleh lelaki berkenaan.
Menurut Shuhada, hubungan Hafidz dan pihak ketiga masih lagi berlanjutan walaupun wanita itu kononnya sudah membuat permohonan maaf selain berjanji akan menamatkan komunikasi antara mereka.
“Sebab dia kantoi for the second time dengan Shu even before dia lafaz cerai pun, pihak sana buat permohonan maaf takkan contact segala mak nenek tapi diorang still berhubungan,” jelasnya.
Malah dalam komen yang sama juga, Shuhada menyifatkan suaminya itu bimbang kekasih hatinya berdepan dengan kecaman netizen sekali lagi.
“Hafidz takut dengan bayang bayang dan kesalahan dia sendiri, tiada provokasi, hanya ketakutan dalam diri bakal kena viral sebab kekasih hati takut kena kecam lagi,” tulisnya.
Terdahulu, Shuhada ditumbuk sebanyak tiga kali oleh Hafidz di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh pada Khamis lalu.
Kejadian itu menyebabkan Shuhada menerima 10 jahitan pada bahagian muka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live