Dir*gol 7 Lelaki, Pasangan Traveller Terima Pampasan RM49,000 & Pulang Ke Sepanyol
Maliah Surip
05/03/2024 15:45 MYT
05/03/2024 15:45 MYT
Kerajaan India dilaporkan membayar pampasan sebanyak RM49,000 (£9,500) kepada pasangan pelancong asing dari Sepanyol selepas dirompak dan dirogol tujuh rakyat tempatan di Jharkhand, minggu lalu.
Pasangan suami isteri yang melancong dengan motosikal itu ditemui sekitar jam 11 malam waktu tempatan pada Jumaat di tepi jalan dalam keadaan cedera akibat dipukul, kata Superintendan Polis Dumka, di timur India, Pitamber Singh Kherwar.
Menerusi perkongsian video yang tular di media sosial, pasangan tersebut mendakwa bukan hanya dipukul dan dirompak tetapi Fernanda telah dirogol oleh tujuh lelaki secara bergilir-gilir.
Serangan berlaku sewaktu mereka berkhemah di kawasan Dumka selepas tidak berjaya mendapatkan hotel berdekatan.
Mereka dalam perjalanan dari Nepal ke India dengan menaiki motosikal secara berasingan. Difahamkan pasangan itu sudah mengembara ke 63 negara dan menempuh perjalanan sejauh 170,000 kilometer sejak lima tahun lalu.
Akibat insiden yang menakutkan itu, Fernanda dan Vicente kembali ke Sepanyol sebelum memutuskan untuk meneruskan siri jelajah dunia pada satu tarikh yang belum ditetapkan.
BERITA TRENDING: Pasangan Suami Isteri Ini Sebak Kongsi Kisah Dirompak, Dirogol Beramai-Ramai Oleh 7 Lelaki India!
Tiga daripada empat suspek yang berjaya ditangkap dihadapkan ke mahkamah India dan pasangan Fernanda, 28, dan Vicente, 63, turut hadir menyaksikan pertuduhan kepada penyerang mereka, lapor The Telegraph.Pasangan suami isteri yang melancong dengan motosikal itu ditemui sekitar jam 11 malam waktu tempatan pada Jumaat di tepi jalan dalam keadaan cedera akibat dipukul, kata Superintendan Polis Dumka, di timur India, Pitamber Singh Kherwar.