Terkini
Pasangan Suami Isteri Ini Sebak Kongsi Kisah Dirompak, Dirogol Beramai-Ramai Oleh 7 Lelaki India!
Sepasang suami isteri dari Sepanyol, Vincente dan Fernanda mendedahkan kisah ngeri mereka setelah mengalami serangan ketika mendokumentasikan perjalanan mereka ke India.
Memetik laporan daripada The Publica, dalam satu kenyataan yang telah diberikan oleh pasangan itu kepada media Sepanyol, mendedahkan bahawa mereka telah diserang selepas melawat daerah Dumka di negeri Jharkhand India, iaitu salah satu destinasi pelancongan terkenal.
Pasangan yang dikenali oleh penonton mereka sebagai Vuelta Al Mundo En Moto (Around The World By Motorbike) itu juga difahamkan dalam perjalanan ke Nepal melalui Bhagalpur, tetapi singgah di Dumka untuk berehat dan telah mendirikan khemah mereka berhampiran pasar Hansdiha.
Bagaimanapun, selepas tertidur, 7 orang pemuda India telah menceroboh masuk ke dalam khemah dan menyerang mereka berdua.
Menerusi perkongsian video di akaun Instagram miliknya, Vincente dan Fernanda telah menceritakan semula tentang detik-detik cemas ketika mereka telah diserang, dirompak dan lebih menyayat hati lagi Fernanda dikatakan telah dirogol beramai-ramai oleh 7 orang lelaki India.
a travelvlog couple trying to visit every country in the world decided to go to India as their latest destination.
11 hours ago they announced they were at the hospital because he had been beaten up and she had been gang raped by 7 men. pic.twitter.com/WNSd21TUi5— pagliacci the hated ? (@Slatzism) March 2, 2024
"Mereka memukul kami. Mereka meletakkan pisau di leher saya, dan memberitahu saya mereka akan membunuh saya. Fernanda telah dirogol. Tujuh daripada mereka. Tujuh lelaki. Anak jalang…” kata Vincente sebak sambil menahan tangisan.
Berita Trending: Wanita Ini Kahwini Lelaki Gay Sebab Nak Tutup Mulut Keluarga – “Aku Tahu Je Dia Gay Dari Awal…
Walaupun Vincente mengalami beberapa kesan lebam di kepalanya, bahagian muka Fernanda kelihatan lebih teruk, dengan kesan merah gelap di pipi dan garis rahangnya.
"Kami berada di hospital, di sini di India. Kami bersama polis. Mereka membenarkan kami tidur di sini," ujar Fernanda sedih.
Untuk info, pasangan yang juga duta jenama KLIM Motorcycles itu, telah mengumpulkan 122,000 pengikut di Instagram yang mendokumentasikan perjalanan, makanan dan pengalaman mereka semasa mereka merentasi benua menggunakan motosikal.
Sebelum ini, mereka telah mengembara ke lebih 60 negara sejak memulakan pengembaraan mereka dari Barcelona 5 tahun lalu, menempuh jarak lebih 170,000 kilometer.
Sumber: The Publica
Must-Watch Video