Berita
Disangka Mati, Isteri Terkejut Suami Pulang Ke Rumah
Seorang lelaki di Pangasinan, Filipina mengejutkan keluarga dan jiran-jirannya apabila dia pulang ke rumah beberapa hari selepas mereka sudah ‘mengebumikannya’, lapor portal berita MSNews semalam.
Menurut saluran televisyen GMA, Eduardo Gille Sr yang berusia 63 tahun, meninggalkan rumah pada 1 Ogos lalu berikutan perselisihan faham dengan isterinya.
Namun, pada 4 Ogos lalu, sebahagian badan milik seorang lelaki ditemui di sebuah pantai tidak jauh dari rumah Eduardo.
Keluarga Anggap Sudah Mati
Memandangkan lelaki itu tidak pulang ke rumah walaupun setelah membuat laporan orang hilang, keluarganya menganggap mayat itu adalah milik Eduardo dan menuntutnya pada hari berikutnya.
“Saya benar-benar menyangka mayat itu adalah dia...
“Saya benar-benar menyangka mayat itu adalah dia kerana kakinya mempunyai tanda alahan, sama seperti suami saya (Eduardo),” kata isterinya, Lydia.
Mayat itu juga mempunyai seluar jean denim yang dipakai Eduardo ketika dia meninggalkan rumahnya, kata laporan media tempatan.
BERITA TRENDING: "Suspek Kelar Isteri & Anak Minta Izin Tidur Di Masjid" - Imam
BERITA TRENDING: Ceraikan Isteri, Lelaki Jalinkan Hubungan Dengan Ibu Mentua
BERITA TRENDING: Bunuh Dua Beranak: Suspek Minta Imam Rukyah, Dakwa Anak Dirasuk
BERITA TRENDING: Didakwa Curang, Isteri Pemain Bola Sepak Indonesia Azizah Salsha Tampil Jernihkan Keadaan - "Rumah Tangga Kami Dalam Keadaan Baik..."
Keluarganya kemudian mengebumikan mayat lelaki tersebut pada 7 Ogos lalu.
Bagaimanapun, mereka benar-benar terkejut apabila Eduardo tiba-tiba pulang ke rumah beberapa hari kemudian.
Sumber: Kosmo!
Must-Watch Video