ARTIS KOREA
Disangka Tak Beri Bantuan, Rupanya BTS Dah Sumbang RM4.3 Juta Dalam Diam Untuk Black Lives Matter
Kumpulan K-Pop terkenal, BTS dilaporkan telah memberikan sumbangan sebanyak RM4.3 juta terhadap organisasi gerakan anti rasis, Black Lives Matter.
Tidak hanya BTS, agensinya, Big Hit Entertainment juga turut sama memberikan derma kepada organisasi tersebut.
Berita itu didedahkan menerusi portal antarabangsa Variety baru-baru ini.
Menurut laporan tersebut, organisasi berkenaan telah mengesakan menerima sumbangan daripada Big Hit Entertaiment Jumaat lalu.
Laporan itu juga turut menyatakan bahawa BTS dan Big Hit dijangka tidak akan memberikan komen mengenai sumbangan berkenaan.

Terdahulu, BTS telah menjadi sasaran haters yang memberi komen-komen negatif apabila mereka tidak memberikan sebarang sokongan dalam bentuk bertulis atas isu hangat tersebut.
Malah BTS juga didakwa tidak memberikan sumbangan kepada organisasi berkenaan.
Tidak cepat melatah, BTS bagaimanapun tampil dengan menyatakan sokongan mereka terhadap gerakan Black Lives Matter melalui catatan di akaun Twitter rasmi mereka awal minggu ini.
“Kami menentang diskriminasi kaum. Kami mengutuk keganasan. Anda, saya, dan kita semua berhak dihormati. Kami akan berdiri bersama,” tulis mereka.

Kebenaran kemudiannya terjawab apabila organisasi itu sendiri mendedahkan jumlah sumbangan yang diberikan BTS.
Difahamkan BTS dan Big Hit tidak mahu menghebahkan perkara baik yang dilakukan oleh mereka dan lebih selesa memberi sumbangan dalam diam.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Variety.com