,
Hiburan

Disaran Kembali Bercinta Dengan Uqasha Senrose, Ini Jawapan Hefny Sahad

Kamaruddin Razal
29/04/2019
14:00 MYT
Pengacara kelahiran On Air, Henfy Sahad mengakui dirinya masih solo dan belum mempunyai kekasih selepas putus cinta dengan aktres Uqasha Senrose pada tahun lalu.
Menurut Hefny, dia lebih selesa untuk memberikan fokus terhadap kerjaya seninya.
"Saya masih selesa bersendirian dan buat masa ini, saya masih solo dan belum mempunyai pengganti.
"Saya sibuk dengan kerjaya seni dan mahu memberikan fokus untuk mengembangkan lagi karier saya.
"Ada yang mengusik dan memberikan saranan secara berseloroh supaya saya kembali bercinta dengan Uqasha.
"Bagi saya, kini kami selesa sebagai kawan. Hubungan kami lebih baik sebagai sahabat dan saya juga tidak mempunyai masalah dengan Uqasha," kata Hefny.
Pelakon itu ditemui di majlis pelancaran cawangan pertama kedai menjual produk alternatif berhenti merokok NCIG di Desa Sri Hartamas, baru-baru ini.
Majlis terbabit turut dihadiri oleh pengasas NCIG, Shariffuddin Bujang dan rakan-rakan artis lain seperti Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi dan Farhan Asri.
Mengakui ada berhubung dengan Uqasha, Henfy tiada masalah sekiranya dia digandingkan dengan aktres itu dalam mana-mana naskah.
"Kadangkala, kami juga ada berhubung bertanyakan khabar. Saya juga masih baik dengan ahli keluarga Uqasha.
"Saya profesional dan dia juga begitu. Jika ada rezeki yang mahu menggandingkan saya dan Uqasha dalam sebuah karya, saya menerimanya dengan hati terbuka," kata Henfy.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Bergilir-Gilir Jaga Konti Radio & Sembahyang, Hefny Sedih Elizad Dituduh Tak Solat & Mandul - "Tiap Hari Dia Cerita Pasal IVF"

gempak
26/06/2021
01:30 MYT
Sebagai orang Melayu kita dibesarkan dengan adab.. nak komen kena la beringat!
Laman Utama

​Hefny Kongsi Pengalaman Raya Seorang Diri, Beli Makanan Seperti Masakan Ibu Untuk Ubat Rindu

gempak
20/05/2021
11:40 MYT
Penyampai radio SINAR, Hefny Sahad berkongsi pengalaman menyambut Syawal tahun ini tanpa kehadiran keluarga di sisi.
Covid-19

"Tak Banyak Tapi Adalah Duit Poket Untuk Barang Dapur" - Hefny Sahad Kongsi Rezeki Untuk Mereka Yang Hilang Pendapatan

gempak
27/03/2020
00:44 MYT
Berita

“Kami Memang Rapat Dan Selesa Bersama Tapi…”- Diminta Jaga Batas Dengan Hefny Sahad, Ini Respon Elizad

gempak
24/01/2020
07:05 MYT
Berita

“Saya Tak Melatah…”- Mahu Jadi Diri Sendiri Dalam Sinar, Elizad Sharifuddin Tak Kisah Dibandingkan

gempak
17/07/2019
10:15 MYT
Unitar