Hiburan
Disebabkan Ceburi Perniagaan Kosmetik, Zoey Rahman Pernah Diketawa & Dipandang Sinis - "Boleh Kaya Ke?"
Pelakon dan usahawan Zoey Rahman mendedahkan dia diketawakan rakan sekeliling selepas membuat keputusan untuk menceburi perniagaan kosmetik.
Menurut Zoey, 35, mereka memandang rendah dan cuba menjatuhkan semangat dia.
"Mula-mula kawan gelakkan saya, betul ke kau nak buat bisnes kosmetik ni. Biasanya dunia kosmetik kan untuk perempuan ja, tak kan kau nak pakai makeup untuk promosi? Boleh kaya ke buat kosmetik ni?
"Biasanya kosmetik ni kaya kejap je, selepas 2 hingga 5 tahun mesti akan jatuh balik.
"Betul ke kau nak keluar kat @watsonsmy, Watsons terima ke produk tempatan macam ni?
"Mampu ke produk Melayu bersaing dengan jenama antarabangsa lain? Nak-nak lagi dengan pandemik Covid 19, kemudian diorang senyum sinis, seolah-olah memperlekehkan semangat saya," tulisnya.
Kata pengacara rancangan Gerak Geri Gasing itu, dia percaya dengan rezeki selagi sentiasa berusaha dan bersyukur dengan nikmat Allah.
"Saya yakin, rezeki Allah itu di mana-mana ja selagi kita usaha dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang ada.
"Saya percaya kalau kita ikhlas dan berikan yang terbaik untuk pelanggan kita, dari segi kualiti dan perkhidmatan, saya yakin pelanggan akan cari kita balik, percayalah.
"Untuk berjaya kita harus pekak dan buta, buta dengan halangan di hadapan dan pekak dengan kata-kata cacian.
"Dari mana kita berasal itu tidak penting, yang penting ke mana langkah kita seterusnya untuk mencapai kejayaan," tulisnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Zoey Rahman Hadiahkan Rumah Bernilai Setengah Juta Untuk...
Must-Watch Video