Gara-gara sekeping gambar di laman Instagram, pelakon Fasha Sandha menerima sindiran netizen.

Fasha berkongsi dan memuat naik foto dirinya memakai tudung bersama usahawan Datin Seri Nur Shahida beserta ucapan terima kasih kerana menghadiahkannya tudung.

Rata-rata netizen di Instagram menyindir Fasha dan beranggapan pelakon itu faham maksud sebalik pemberian tudung tersebut.

"@maizatul_shina: Elok la datin hadiahkan tudung..tu tandanya datin nak fasha tutup aurat macam dulu..masa you are alone..kan manis tutup aurat macam tu."

"@zamsiahmutattalib: Bila nak bertudung? Dah dapat tudung banyak tu? Tak faham lagi ka maksud datin?"

Namun, ada segelintir pengikut yang mempertahankan Fasha dan berfikiran positif.

Mereka memuji kecantikan Fasha menggayakan tudung dan mendoakan supaya aktres itu terus beristiqamah.

"@linahm14141: Kan cantik Fasha pakai tudung. Datin pun cantik juga."

"@aten931231: Istiqamah ye pakai tudung."

"@sal.salbiah17: Fasha pakai tudung lagi nampak cantik."

"@mr.fandypeppy: Bagus moga terus melekat tudung tu."