gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bukan Lagi Rahsia, Ramona Zamzam Dedah Identiti Sebenar Lelaki Yang Dipanggil ‘Ayah’ Sejak Kecil - “Dia Bukan Bapa Kandung Saya Tapi…”
HIBURAN
Mahu Cuba Nasib Di Malaysia, Ada 2 Pelakon Reza Rahadian Teringin Bekerjasama - “Saya Looking Foward Untuk…”
SUKAN
Lee Chong Wei Terima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri, Bawa Gelaran Datuk Seri - "Walau Saya Dah Lama Bersara..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Disindir Rakan Artis? Saidah Kamarudin No Problem! Malas Nak Layan - “Jika Saya Berada Di Tempat Mereka…”

Mya Amri
Mya Amri
30/07/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Disindir Rakan Artis? Saidah Kamarudin No Problem! Malas Nak Layan - “Jika Saya Berada Di Tempat Mereka…”
Pelakon, Saidah Kamarudin, memilih untuk tidak melayan kata-kata negatif atau sindiran daripada segelintir rakan artis susulan isu perpisahan dengan bekas tunangnya.

Akui sedikit rasa terkilan

Menurut Saidah, tidak dinafikan dia berasa sedikit terkilan apabila ada pihak yang terlalu cepat membuat penilaian tanpa memahami keseluruhan konteks situasi sebenar namun memilih untuk tidak memperdulikan perkara itu.

“Itu saya tak boleh nak cakap apa-apa sebab mereka hanya tahu luarannya sahaja. Mereka tidak tahu apa yang jadi sebenarnya, tidak tahu apa kontek di sebaliknya. “Saya tidak ambil hati, jika saya berada di tempat mereka pun mungkin saya akan fikir benda yang sama sebab hanya tahu sedikit sahaja.

“Biar sahajalah sebab mereka tidak tahu kisah sebenar. Bagi saya industri ini kecil sahaja, lambat laun nanti kita akan jumpa juga. Buat macam biasa sahaja,” katanya.
Saida berkata demikian ketika ditemui di acara Malaysia Bridal Fashion Week 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ambil tindakan undang-undang

Mengulas lanjut mengenai isu perpisahannya, Saida memaklumkan dia sudah mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara berkenaan.

“Setakat ini saya sudah melantik peguam. Jadi kalau ada apa-apa boleh terus rujuk kepada mereka. “Saya lantik peguam sebab saya pun ada keluarga bukan dia sahaja. Saya pun nak bersihkan nama saya juga.

“Saya tidak mahu ulas panjang mengenai isu tersebut sebab saya pun berada dalam fasa ‘move on’,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Saidah Kamarudin Tampil Pertahankan Diri Difitnah Sebagai Kaki Kikis - “Saya Penat Dengan Segala…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Ramai Tak Tahu Saya Struggle Cari Duit Siang Malam” - Muntazar Ghufran

ARTIKEL BERKAITAN:Abang Kunci Mulut, Minta Beri Masa Untuk Muntazar Ghufran Beri Kenyataan - “Boleh Beri Kami Sedikit…”

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Persoal Tindakan Saidah Kamarudin Dedah Punca Putus Tunang - “Awak Layak Memilih Tapi Janganlah Buka Aib Si Lelaki”

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Kewangan Punca Saidah Kamarudin Putus Tunang Dengan Muntazar Ghufran - “Dia Cuma Ada RM500 Dalam Akaun…”

Untuk rekod, Saidah dan Muntazar mengikat tali pertunangan pada 5 Mei 2024 selepas lebih setahun mengenali hati budi masing-masing.
Namun, pada Mac lalu, pasangan ini mengumumkan bahawa pertunangan mereka telah berakhir dan mereka telah membawa haluan masing-masing sejak Oktober 2023.
Topic Berkaitan
#Rakan Artis
#Disindir
#Saidah Kamarudin
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement