Laman Utama
“Diskripkan Kena Covid? Komen Boleh Sedap Komen Mat…” – Achey
Pelakon dan pelawak Achey kesal apabila ada segelintir netizen menulis komen tidak masuk akal selepas dia mengesahkan dirinya positif COVID-19, semalam (Isnin).
Achey berkata, ada komen yang mendakwa dia dijangkiti COVID-19 kerana sudah dirancang.
“Seram baca komen netizen. Katanya aku telah diskripkan kena COVID ni. Aduh Mat, aku sebagai rakyat ada benda juga aku tak setuju tentang pemulihan dan kawalan COVID ni.
“Tapi Mat COVID kalau kau dah kena, tak kira kau setuju ke tak…Undang-Undang kau boleh buat, komen kau boleh sedap niat…Sakit tak boleh Mat.
“Benda ni terjadi Allah punya aturan, COVID is real,” katanya.
Dalam pada itu Achey ketika dihubungi Gempak berkata, pada mulanya dia enggan melayan komen-komen negatif di media sosial namun ada pula yang bercakap perkara bukan-bukan.
Katanya, dia hanya mahu fokus kepada kesihatan diri dan pada masa sama bimbang tentang isteri, Nur Hasanah Yahaya dan anak perempuannya, Tiara Zinnirah.
“Bila ada yang mula menulis komen bukan-bukan, saya terpanggil untuk menjawab kerana terlalu merapu.
“Tapi saya juga tidak mahu terlalu memikirkannya kerana kesihatan saya, isteri dan anak-anak lebih penting sekarang ini.
“Saya risaukan mereka kerana kiraan 'CT Value' yang rendah boleh menjangkiti isteri dan anak saya,” katanya.
Achey mengesahkan dia dijangkiti varian Omicron selepas melakukan ujian PCR dan kini menjalani kuarantin kendiri sehingga 25 Februari.
Dia juga terpaksa membatalkan dua komitmen kerja kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
“Saya terpaksa batalkan kerja pada bulan ini tetapi saya percaya ada rezeki lain nanti. Saya berserah dan tawakal kepada Allah SWT agar saya terus sihat, begitu juga dengan isteri dan anak saya,” katanya.
Must-Watch Video