Laman Utama

“Lima Kali RTK Negatif, Sekali PCR…” - Achey Positif COVID-19, Alami Demam Melampau

gempak
Mya Amri
21/02/2022
07:15 MYT
Sponsor Banner
“Lima Kali RTK Negatif, Sekali PCR…” - Achey Positif COVID-19, Alami Demam Melampau
Selepas beberapa hari mengalami masalah kesihatan akhirnya pelawak, Achey disahkan positif COVID-19.
Berita itu dimaklumkan Achey menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menurut Achey, dia telah melakukan ujian RTK sebanyak lima kali namun hasilnya tetap negatif.
Namun disebabkan mempunyai gajala yang agak teruk, Achey kemudiannya tekad melakukan ujian PCR.
“Assalamualaikum ramai tanya, ramai mendoakan, tapi saya memang tak larat dua hari lepas… Hari ini semakin baik…
“Terima kasih dan maaf jika saya menyusahkan ramai orang… Termasuk kerja-kerja yang dah di kunci tarikhnya…
“Saspek denggi… Covid test: lima kali test RTK (NEGATIVE). Sekali PCR (POSITIF). PCR sebab dah ada simptom demam melampau…” maklumnya.
Reda dengan sakit yang menimpa, Achey bagaimanapun menarik nafas lega apabila isteri dan anaknya disahkan negatif.
“Entah lah macam-macam sekarang… Reda dan ikhtiar je… Bismillah… tiara dan @anne_achey Alhamdulillah tak ada simptom dan negatif…
“Kepada yang rasa-rasa ada jumpa dengan saya tu dah boleh check jugak ya. Maaf saya susahkan semua orang,” coretnya.
Achey kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah bermula 20 sehingga 26 Februari.
Sebelum ini isteri Achey, Anne memaklumkan tahap kesihatan suaminya merosot sejak dua hari dan menjalani rawatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024