Berita
Disyaki Alami Masalah Jantung & Kencing Manis, Roy Azman Dimasukkan Ke Hospital
Pelakon Roy Azman telah dikejarkan ke hospital selepas semalam selepas didapati tidak sedarkan diri.
Menerusi entri di Instagram (IG), miliknya, Roy berkongsi perkembangan terkininya ketika berada di hospital.
“Abang admitted lah dekat HKL, suspek jantung. Nak ucap ribuan terima kasih Sopek, Amin, Apai, Pian dan Bakri yang tolong dari mula sebelum pengsan hingga sampai ke hospital dan panggil paramedik semua.
“Terima kasih kepada kawan-kawan yang datang melawat. Tak lupa juga kepada mereka yang mendoakan kesihatan abang, Terima kasih banyak Insya-Allah, OK,” katanya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mendoakan kesihatan Roy kembali pulih selepas mendapatkan rawatan di hospital.
Ada juga meninggalkan komen positif dan berharap agar Roy mendapat rehat secukupnya dan dapat bekerja seperti biasa.