Ditahan Di Wad, Peminat Doa Liza Abdullah Lekas Sembuh

Rozaimi Zubaidi
Mac 1, 2018 04:42 MYT
Pelakon Liza Abdullah dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah pada bahagian mata sejak tiga hari lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), anak kepada Liza Abdullah, Naffiz Zolkefli telah berkongsi sekeping gambar ketika berada di hospital.
"Salam. Saya Naffiz Zolkefli wakil kepada ibu saya Liza Abdullah ucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada Uncle Rezza, Aunty Ziela, dan kenalan yang datang melawat ibu.
"Alhamdulillah ibu masih menerima rawatan dari masa ke semasa dan keadaanya sangat baik. Maaf kepada yang menghubungi ibu kerana ibu perlu mempunyai rehat yang cukup.
"Ibu saya sampaikan salam dan ucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada semua yang mengambil berat. Semoga Allah membalas jasa kalian. Amin," tulisnya.
Rata-rata peminat terkejut dan risau dengan keadaannya meninggalkan komen yang mendoakan supaya Liza kembali pulih selepas menerima rawatan.
"mohammadikmalhaikal: Ya allah kakakku semoga dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh. Naffiz Zolkefli jaga ibu baik-baik."
"noranmokhtarbazin: Tekejut ummi. Semuga cepat sembuh buat ibu yang baik budi dan hati ni. Salam sayang buat ibu Naffiz. Namamu dalam doaku Liza Abdullah."
"cik_punggok: Ya allah aku mohon padamu kau berikanlah kesembuhan pada saudara islamku ini Liza Abdullah dan berikanlah kesabaran padanya untuk lalui ujian mu ini. Amiin. Semoga cepat sembuh."
"telekungctaisyah: Cepat sembuh kak Lizza Abdullah, semoga rawatan perubatan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah."
#pelakon #Pelakon #Liza Abdullah