HIBURAN

Ditahan Wad Akibat ‘Tension Headache’, Wani Kayrie Terhutang Budi Dengan Afieq Shazwan & Adik - “Dari 1 Pagi Sampailah Subuh, Mereka…”

Asyikin Mayudin 09/06/2025 | 09:55 MYT
Beberapa hari ditahan wad di sebuah pusat perubatan, penyanyi Wani Kayrie meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan kesihatannya.

Alami sakit kepala

Sudah dibenarkan pulang pada Ahad, Wani memberitahu dia dikejarkan ke wad kecemasan disebabkan mengalami sakit kepala yang agak teruk akibat tidak cukup rehat.

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie Buka Mulut, Kongsi Kisah Di Sebalik Foto Cincin Yang Dimuat Naik Di Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie Kongsi Gambar Cincin: “Jangan Risau, Kami Akan Kongsi…”

“Terima kasih semua yang mendoakan saya. Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang serius. Cuma tension headache sebab back to back kerja tak cukup rehat.

“Apa-apa pun, terima kasih sahabat saya @afieq.shzwn dan adik saya @mdanishhaikal tolong bawa pergi klinik sebab tak boleh drive langsung, muntah-muntah sampailah nak ke Emergency haritu.

“Dari 1 pagi sampailah ke subuh dorang tak tidur tunggu semua selesai. Semoga Allah balas jasa kamu berdua,” kongsinya.

Jaga kesihatan

Pada perkongsian yang sama, penyanyi lagu Cak Cak Cekuk ini ini turut sempat menitipkan pesanan kepada semua orang agar sentiasa mengutamakan kesihatan.

“Hanya nak kongsi sedikit, tak kira sesibuk mana pun kita mencari rezeki jangan pernah berkira dengan diri sendiri untuk berehat.

“Dapatkan waktu tidur yang cukup kerana kesihatan tidak dapat dibeli dengan duit. Sekarang saya belajar yang betapa pentingnya untuk utamakan kesihatan sendiri daripada apa saja,” katanya.

#Sakit #Wani Kayrie #Afieq Shazwan #Tension Headache