Laman Utama
Ditanya Tentang Hadiah Birthday Dari Teman Wanita, Ini Jawapan Hun Haqeem!
Pelakon dan hos yang kian meningkat naik, Hun Haqeem menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-23 semalam.
Ketika dihubungi Gempak, Hun berkata, impiannya sempena memasuki usia baru adalah untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Hun juga mahu melakukan kebaikan untuk masyarakat serta orang di sekelilingnya.
"Sebenarnya, tidak banyak perkara saya impikan, saya hanya mahu jadi insan yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini.
"Tak ada buat apapun hari lahir kali ini, saya hanya mahu luangkan masa secukupnya bersama keluarga tercinta kerana ketika sibuk bekerja, tiada kesempatan untuk berbuat demikian.
"Jadi, saya mahu luangkan masa dengan mereka, bak kata orang, luangkan masa selagi mereka masih ada dengan kita," katanya.
Ditanya sama ada menerima hadiah dari teman istimewa, Hun mengatakan dia masih belum mempunyai teman wanita setakat ini.
"Saya tak ada teman wanita lagi," katanya ringkas berseloroh.
Dalam pada itu, Hun juga meluahkan kesyukuran sempena hari istimewanya di Instagram.
Dalam perkongsian tersebut, apa yang ditulisnya juga berkaitan dengan hasrat untuk meningkatkan pencapaian diri dan keistimewaan insan-insan tersayang dalam hidupnya.
Jangan lupa saksikan Hun bersama Daniel Cheang, Isha Norsham dan Riena Diana menghoskan program Gempak TV yang bersiaran pada setiap Rabu, jam 11.00 malam di Astro Ria (124) dan Ria HD (104).
Happy birthday Hun Haqeem!
Must-Watch Video