Laman Utama

Ditanya Tentang Poligami, Lelaki Selamba Beri Respon Lucu Depan Isteri- “Saya Lebih Minat…”

gempak
Gempak
12/12/2023
01:55 MYT
Sponsor Banner
Ditanya Tentang Poligami, Lelaki Selamba Beri Respon Lucu Depan Isteri- “Saya Lebih Minat…”

Isu poligami sememangnya sering kali menjadi topik perbualan hangat rakyat Malaysia lebih-lebih apabila lagi melibatkan individu-individu berpengaruh seperti selebriti dan ‘influencer’.

Oleh kerana topik itu sedang menjadi buah mulut ramai, pencipta konten di TikTok yang dikenali sebagai @eziejoelyrk bertanyakan kepada seorang lelaki tentang pendapatnya berkaitan isu tersebut.
Bagaimanapun, lelaki itu memberikan respons lucu yang membuatkan isterinya terhibur.

BERITA TRENDING: Netizen Tegur Ada Segelintir Wanita Sokong Idea Perempuan Boleh Poligami - "Jangan Buat Main Hukum…

“Bagi saya, saya lebih minat kereta lah daripada isteri. Sebab tu saya ada satu isteri dan saya ada Alphard, saya ada Mercedes dan sekarang saya pakai BMW.

“Bila kita poligami ni sakit kepala, lebih baik kita minat yang lain, Insya-Allah,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif dan bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh lelaki itu.
“Win lah jawapan pak cik komando, dari sakit kepala lebih baik buat apa yang kita minat,”
“Jawapan paling mantap abad ini,”
“Cara yang sangat classy dan elegan untuk respons, respect pak cik ni.”
Setakat artikel ini ditulis, entri itu mendapat 4.8 juta tontonan dan lebih 300,000 tanda suka di TikTok.
Sumber: TikTok
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live