Laman Utama
Netizen Tegur Ada Segelintir Wanita Sokong Idea Perempuan Boleh Poligami - "Jangan Buat Main Hukum Agama"
Sebut sahaja poligami, pelbagai respons muncul. Kebanyakannya kurang bersetuju untuk berkongsi kasih dengan individu lain.
Namun, menerusi satu ciapan di platform X, seorang pengguna berkongsi tangkap layar video dari TikTok yang mencuit idea tentang pertukaran peranan lelaki dan wanita.
BERITA TRENDING: Isu Poligami, Azhar Sulaiman Cuba Letak Diri Di Posisi Isteri Pertama - “Aku Boleh Terima Ke Chempaka Nak...
Hal yang dimaksudkan adalah tentang idea wanita boleh berkahwin lebih daripada satu (poligami) menerusi sekeping foto seakan-akan seorang wanita duduk di tengah-tengah antara dua orang lelaki seperti sedang bersanding.Justeru, ramai yang tampil memberikan respons pada video berkenaan. Lebih mengejutkan ada yang tanpa segan-silu seolah-olah bersetuju dengan idea tersebut.Zaman sekarang ni hukum hakam pun dibuat main.? : Si Solihin pic.twitter.com/qpoCK5Mv2A— Cikgu_Anep (@Cikgu_Anep) December 4, 2023
“Bestnya kalau perempuan boleh poligami,” tulis seorang warganet.
“Setahun mengandung dua kali, fuh best kan mengandung begitu. Tak sempat sembuh betul-betul, dah kena bantai lagi,” ujar seorang lagi netizen.
Perkara itu mendapat perhatian pengguna-pengguna Platform X, di mana majoritinya menyifatkan wanita yang meninggalkan komen di video berkenaan seolah-olah mempersenda serta mencabar hukum agama.
“Bab agama pun boleh dibuat main macam ni. Allahuakbar,”
“Seramnya baca semua komen. Macam tiada iman dan rasa malu,”
“Bahaya main hukum agama macam ni, boleh jatuh kafir. Bukan semua perkara boleh dijadikan bahan gurauan.”
Sekadar info, poligami dalam Islam dibenarkan untuk hanya untuk kaum lelaki sekiranya memenuhi syarat dan keadaan tertentu.
Islam juga menetapkan supaya si suami sentiasa berlaku adil dan saksama terhadap isteri-isteri dalam hubungan poligami.
Must-Watch Video