Juara pertandingan Cameo Gegar, Fadhli Masoot tidak percaya apabila ditawarkan untuk berlakon dalam slot Megadrama di Astro Ria.

Pun begitu, Fadhli akui dia tidak akan mempersia-siakan peluang yang diterima.

“Sebenarnya, saya terkejut juga sebab ini pertama kali saya pergi casting dan masuk pertandingan lakonan begini.

“Bukan tidak mahu tapi saya kurang keyakinan diri dengan fizikal saya yang rendah dan kecil.

“Tidak sangka hasil dorongan kawan saya video lakonan saya dipilih menjadi finalis meskipun saya hantar ketika saat akhir.

“Apa-apa pun saya berterima kasih kepada pihak radio Gegar dan Astro di atas peluang ini, saya tidak akan sia-siakan,” katanya kepada Gempak.

Fahdli menewaskan lima lagi finalis lain yang telah disenari pendek menerusi penyertaan video lakonan yang dihantar pada awal Februari hingga 13 Mac lalu menerusi laman sosial Instagram.

Pada Finale Cameo Gegar, kesemua enam finalis itu telah menjalani cabaran lakonan seperti berlakon secara solo mengikut watak dan karakter yang ditentukan oleh juri dan berlakon bersama pelakon jemputan.

Pertandingan tersebut diadili oleh pengarah Michael Ang dan penerbit eksekutif Astro Ria, Sharifah Fatimahtuzzaharaa Syed Taha.

Selain Fadhli, Faha Azhar yang telah mendapat tempat ke lima juga telah ditawar secara spontan oleh Michael Ang untuk berlakon dalam sitcom arahannya di Astro Warna.

Sementara itu, Pengurus Kandungan Gegar, Raja Nadia Raja Hisham berkata pencarian pelakon atau wajah baru itu diharap dapat mewarnai industri seni lakonan.

“Selain daripada membuka pelaung mengetengahkan bakat baharu kepada industri seni Malaysia, Caemo Gegar bertujuan mendekatkan jenama radio Gegar dengan peminat melaui media sosial.

“Dalam masa yang sama memberi semula penghargaan untuk peminat setia Gegar terutama dari Pantai Timur melalui peluang keemasan ini,” katanya.

Finali Caemo Gegar tadi juga menyaksikan kehadirian artis-artis tempatan lain seperti Aril Pilus, Marsha Milan, Afieq Syazwan, Fieya Julia dan Elisha Sandha yang membuat persembahan dan juga bergandingan untuk berlakon bersama finalis