Laman Utama

Dituduh Acah-Acah Alim, Kurang Beradab Dengan Pekerja Hotel, Asyraf Khalid Jawab Dakwaan Netizen

gempak
Izwan Isa
03/07/2023
23:50 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Acah-Acah Alim, Kurang Beradab Dengan Pekerja Hotel, Asyraf Khalid Jawab Dakwaan Netizen
Tiada angin tiada ribut, nama Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Arifin tiba-tiba disebut netizen sebagai pasangan suami isteri yang kurang adab.
Menerusi ciapan yang dihantar oleh seorang pengguna Twitter, Asyraf dan isterinya didakwa sering ‘propa’ dan berlakon alim, bertentangan dengan sikap mereka yang sebenar.
BACA: Asyraf Khalid, Tya Arifin Pernah Dilarang Kahwin Muda! - "Ayah Terkejut, Dia Tak Setuju"
“Satu couple propa. Semua staff hotel Malaysia tau perangai dorang ni macam mana. Dekat media sosial acah-acah baik, alim.
“Dengan staff hotel rude nak mati. Bini sama, laki pun sama. CTDK ok jer, friendly lagi. Mamat ni dengan bini dia over pulak,” katanya.
Asyraf ketika dihubungi berkata, selagi mampu, dia cuba untuk menjaga hati semua orang yang ditemuinya.
“Kalau setahu saya, saya cuba lah sedaya upaya untuk hormat semua orang. Tapi kalau secara tak sengaja tak tau lah.
BACA: [VIDEO] Tya Ariffin Kongsi Momen Asyraf Khalid Melamar - “Pertama Kali Jumpa, Lepas Itu Ajak…”
“Tapi kalau saya ada terguris hati sesiapa tanpa sedar, saya minta maaf lah,” katanya ringkas kepada Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024