Laman Utama

[VIDEO] Tya Ariffin Kongsi Momen Asyraf Khalid Melamar - “Pertama Kali Jumpa, Lepas Itu Ajak…”

gempak
Asyikin Mayudin
16/02/2023
08:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Tya Ariffin Kongsi Momen Asyraf Khalid Melamar - “Pertama Kali Jumpa, Lepas Itu Ajak…”
Pelakon dan usahawan dari Indonesia, Tya Ariffin berkongsi momen kali pertama bertemu dengan suaminya Asyraf Khalid yang terus mengajaknya kahwin.
Bagaimanapun, Tya berkata dia mengambil masa untuk mengenali anak tiri kepada penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.
“Cerita di mana reaksi Tya masa Asyraf nak ajak kahwin. Pertama kali Asyraf ajak kahwin adalah masa lepas pertama kali jumpa dengan dia. Pertama kali jumpa, lepas itu ajak kahwin.
“Selepas setahun dah kenal dan masa jumpa tu kan ajak dating, waktu itu dating bawa kakak. Lepas itu dia balik ke Malaysia, dia WhatsApp Tya ‘saya sebenarnya nak cari isteri. Bukan nak gf bf’.
“Ha fikir memangnya aku nak cari suami sekarang. Eh bf gf pun tak jadi lagi tapi dah cakap macam itu awal-awal. Tya pun macam ha… Tya pun tak pandai pancaran (bercinta) yang serius.
“Tak ada pengalaman… orang itu nak ajak you kahwin tapi dia bukan boyfriend you lagi. Lepas itu dia daripada negara lain, orang Malaysia,” kata Tya.
Malah Tya mendedahkan dia menolak lamaran Asyraf untuk berkahwin namun memilih untuk menjalinkan hubungan cinta terlebih dahulu selama setahun.
“Masa itu takut, tahu tak apa Tya jawab. Jawapan Tya padu tau ‘kita jalani dulu, tengok macam mana, jodoh di tangan Allah. Kalau kita memang jodoh, sesuai Insya-Allah akan dipermudahkan’.
“Umur Tya masa itu 19 tahun pun tak sampai lagi la. Sudah tentu kalau orang pancaran ini tanya dulu nak jadi gf bf. Tapi Asyraf dah panggil Tya sayang.
“Cabarannya ingat senang, ada boyfriend di Malaysia girlfriend di Indonesia. Sebenarnya susah sangat ya. Bahasa dah jadi komunikasi.
“Enam bulan hingga setahun kita bersama, sebenarnya kita banyak gaduh tentang bahasa,” ujarnya.
Untuk rekod, Tya mendirikan rumah tangga dengan Asyraf pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
@tyaarifinnw Ramai yang tanya macam mana bercinta dengan anak Datuk K @Siti Nurhaliza ni Tya nak bagi tahu ? #tyaarifin #sitinurhaliza #story #fyp ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live