Dituduh Buat Konsert Di Gereja, Ini Jawapan Alif Satar
Firdaus
12/05/2024 02:55 MYT
12/05/2024 02:55 MYT
Dek kerana didakwa melangsungkan konsert di sebuah gereja di London pada 28 April lalu, Alif Satar & The Locos (ASTL) tampil menjelaskan hal sebenar untuk menjawab segala persoalan yang membelenggu ramai pihak.
Bukan Gereja Tapi Dewan Komuniti
Menurut vokalis ASTL, Muhammad Alif Mohd Satar, 34, dirinya tidak menafikan bahawa St. John Hyde adalah sebuah gereja lama namun tempat tersebut telah pun ditukar menjadi dewan komuniti untuk digunakan oleh orang awam.
Bercerita lebih lanjut, Alif mengakui pada awalnya berasa ragu-ragu untuk membuat persembahan di lokasi berkenaan kerana enggan menyentuh sensitiviti agama, tetapi meneruskan konsert itu selepas mendapat kepastian daripada penganjur yang juga rakyat Malaysia.

"Saya sendiri turut meminta nasihat dengan ustaz...
"Lokasi tersebut dahulunya sebuah gereja Angelican lama sebab itu tiada apa-apa lambang, tetapi sekarang ia sudah berubah menjadi dewan komuniti.
“Sebenarnya saya agak ragu-ragu pada awalnya tetapi bila pihak penganjur yang juga orang Malaysia sudah jelaskan, buat saya yakin dengan lokasi tersebut.
"Saya sendiri turut meminta nasihat dengan ustaz saya sendiri yang turut mengikuti rombongan kami ke London," kongsinya.
Alif menjawab kepada persoalan tersebut ketika ditemui dalam majlis pelancaran muzik video ‘Kumandang’ yang berlangsung di Hotel W, Kuala Lumpur pada Jumaat.

BERITA TRENDING: Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Dalam perkembangan terbaharu, Alif Satar & The Locos dipilih untuk bekerjasama dengan Marriot Bonvoy dalam penghasilan lagu Kumandang.
Muzik video Kumandang turut menampilkan barisan pemenang pertandingan mencipta lagu anjuran Marriot Bintulu Paragon.
Sekadar info, sebelum ini seorang pengguna TikTok menzahirkan rasa kecewa apabila Alif Satar dan kumpulannya menjalankan konsert di lokasi berikut.
Susulan isu terbabit, individu yang dipercayai rakan kepada Alif iaitu Zaidan Zainuddin menjelaskan kekeliruan yang berlaku menerusi perkongsiannya di Instagram.