Hiburan
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Kumpulan tersebut telah menyanyikan lagu nyanyian Thee Sacred Souls berjudul Can I Call You Rose secara akustik (tanpa iringan muzik).
Netizen puji
Menerusi ruangan komen, dapat dilihat rata-rata wargamaya memuji mereka sehinggakan ada yang melabelkan nyanyian Alif persis penyanyi antarabangsa popular, Bruno Mars.“Ada vibes Bruno Mars.
“Bruno Mars versi Malaysia.
“Dah macam Bruno Mars pula.
“Love suara Alif, Bruno Mars sangat.
“Steady Bruno Mars,” komen beberapa netizen.
ASTL di Shaffield
Dalam pada itu, kumpulan tersebut dipercayai baru sahaja selesai melangsungkan konsert jelajah mereka di Sheffield.Alif turut sempat mengucapkan terima kasih kepada warga Sheffeild kerana sudi menerima kehadiran mereka di sana.
“Terima kasih Sheffeild, we love you, jumpa lagi nanti Insya-Allah.
“ATSL signing off from Sheffeild, off to London,” tulisnya pada ruangan kapsyen video tersebut.
Konsert Jelajah ASTL
Untuk rekod, konsert jelajah Alif Satar & The Locos telah berlangsung di Sheffield dan akan meneruskan konsert jelajah mereka di lokasi seterusnya iaitu London.
Konsert itu merupakan kali kedua kumpulan berkenaan beraksi di negara itu selepas pertama kali pada 2019.
Sekadar info, antara anggota kumpulan The Locos termasuk Tam Cobain (gitar), Efry Arwis (bass), Faliq Auri (saksofon) dan Rajwan Juni (dram).
Berita Trending: “Dia Menumpang Di Rumah Saya” - Ini Kronologi Hubungan ‘Gelap’ Aliff Aziz…
Berita Trending: 'Kekasih Gelap' Dakwa Kecewa Ditipu, Akui Aliff Aziz Pasang Dua…
Must-Watch Video