Hati siapa yang tidak ‘panas’ apabila terpaksa berhadapan dengan sikap individu yang tiada tolak ansur lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.

BERITA TRENDING: Bentang Tikar, Iftar Ramai-Ramai Atas Jalan Raya, Netizen Risaukan Keselamatan Sekumpulan Individu Ini -…

Berikutlah kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Platform X apabila dirinya diuji dengan perangai seorang wanita berusia yang memintanya untuk beralih tempat duduk ketika menaiki sebuah pengangkutan awam.

“Memang si*l pagi-pagi bulan puasa ada mak cik terpaling Islam dalam MRT, aku duduk sebelah dia sebab seat bukan banyak sangat, tiba-tiba suruh aku duduk jauh sikit lepas tu cakap “Saya tak suka orang bukan Islam, sebab kamu semua main judi,” kongsi pengguna itu.

Tambah pengguna itu lagi, berlaku ‘perang mulut’ antara dirinya dan wanita tersebut yang dikatakan tidak mahu menerima teguran serta bersikap seakan-akan mahu ‘menegakkan benang yang basah’.



Menjengah ke ruangan balas hantaran itu, rata-rata netizen berkongsi pengalaman yang serupa serta ada juga segelintir mengkritik sifat tidak bertolak ansur wanita berikut.




Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih lebih 600,000 tontonan dan hampir 9,000 tanda suka di Platform X.

Sumber: Platform X