Hiburan
Dituduh Hamil, Jennifor Aniston Bidas Media Dalam Surat Terbuka
Akibat sering dikaitkan dengan spekulasi sedang hamil dan bentuk badan yang kian berubah, Jennifer Aniston tampil meluahkan kekecewaan menerusi surat terbuka.
Surat yang ditulis kepada Huffington Post, bekas bintang drama bersiri Friends itu menzahirkan rasa muak dan marah dengan sikap pihak media yang sering mencetuskan cerita yang ‘kurang sihat’ kepada mata masyarakat.
“Untuk pengetahuan, saya tidak hamil dan rasa kecewa dengan perhatian diberikan mengenai perubahan bentuk badan yang sering diberikan.
“Tanggapan bahawa wanita cantik harus kurus atau seperti supermodel dan aktres banyak bermainan di kebanyakan majalah setiap hari.
“Sempurna atau tidak, sudah menimang cahaya mata atau belum, cantik atau tidak, semua keputusan itu ada pada diri kita sendiri,” luah Jennifor Aniston.
Tulisan Jennifor Aniston disokong penuh oleh selebriti terkenal seperti Jason Bateman, Christy Teigen, Melissa McCarthy dan Nikki Reed di media sosial.
Jennifor Aniston yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah, Justin Theroux sering menjadi buruan paparazzi terutamanya soal kehamilan.
Must-Watch Video