Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dituduh Langgar Kontrak, Liana Beep Beep Tampil Bersihkan Nama

Izwan Isa
21/08/2023 00:50 MYT
Pempengaruh yang popular di TikTok, Liana Beep Beep akhirnya membuka mulut mengenai polemik kontrak yang dilaluinya bersama bekas majikannya, Unique Scene Media (USM) sekitar setahun lalu.

Liana dalam video terkini yang dimuat naik di platform berkenaan menjelaskan yang dia memenangi kes saman terhadap syarikat berkenaan dan akhirnya dapat membuktikan kebenaran berdasarkan perundangan.

Wanita itu menjelaskan, isu dia dan bekas majikan tercetus selepas dia enggan melanjutkan kontraknya sehingga lima tahun, sehingga menyebabkan pihak berkenaan memujuknya untuk berbuat demikian sebanyak tiga kali.

Disebabkan hal itu, akaun TikTok @lianausm96 yang digunakan oleh Liana didapati hilang pada November tahun lalu.

Selain itu, pihak bekas majikan Liana difahamkan telah mendedahkan maklumat peribadi wanita itu, selain mendakwa dia melanggar kontrak, mencuri wang syarikat berjumlah RM8,000, dua gelang emas dan dituduh tidak jujur dalam tajaan percutian bulan madu ke Dubai.
undefined
Liana juga menepis dakwaan bekas majikan yang mendakwa karakter dan tagline yang disebut adalah milik syarikat. Liana menegaskan, dia merupakan individu yang bertanggungjawab mencipta karakter serta gaya bercakap seperti apa yang dilihat dalam setiap video ulasan makanan yang pernah dimuat naik.

Sejak hal itu, Liana mendakwa dia kerap diserang netizen dan pernah berasa takut untuk keluar rumah. Selepas bukti dikumpul, Liana menghantar surat kepada USM dan memberi pilihan sama ada mahu melakukan cease and desist atau kes tersebut dibawa ke mahkamah.

Dalam masa sama, Liana meminta pihak USM untuk memadam kesemua video tuduhan kepadanya selain memberi peluang kepada mereka untuk meminta maaf. Namun, tiada sebarang maklum balas daripada pihak USM.

Pada Februari 2023, Liana mengeluarkan saman secara rasmi terhadap bekas majikannya itu. Namun, defenden tidak tidak hadir ke mahkamah pada tempoh yang telah ditetapkan, sungguhpun telah diberi masa untuk mempertahankan diri di mahkamah.

Dalam masa sama, bekas majikannya dikatakan telah mengubah maklumat syarikat pada kontrak yang telah ditandatangani bersama plaintif.

Gagal untuk hadir sekali lagi ke mahkamah, syarikat USM dan pasukan perundangan telah melanggar etika perundangan yang mana mengakibatkan mereka disenarai hitam oleh mahkamah.

Liana akhirnya memenangi tuntutan mahkamah dan memasukkan Penghakiman Ingkar (JID) terhadap plaintif.

Menerusi video sama, Liana mengakui sangat bersyukur akan kejayaan berkenaan yang disifatkan dapat membersihkan namanya.

BACA: Abang Tesla TikTok Kahwin Lagi Satu - “Selesai Nikah Saya Terus Cari Isteri Pertama Untuk…”​

#TikTok #USM #Beep #Liana
;