Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dituduh Mandul & Diganggu Semasa Proses IVF, Isteri Pertama Abang Tesla Tampil Keluarkan Bukti - “Aku Bukan Tak Boleh Bagi Waris..”

Umirah Halim
02/09/2024 06:55 MYT

Tidak tahan dituduh mandul oleh segelintir pihak, isteri pertama Abang Tesla, Nurmajdina Jamari tampil memuatnaik bahan bukti.

Muat naik ujian kit hamil

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, wanita tersebut memuatnaik gambar kit ujian kehamilan yang memaparkan keputusan hamil.

“Saya tak mandul. Pewaris saya ramai Allah jaga kat Syurga. Alhamdulillah,” ujarnya.

Walaupun telah lama memilih untuk berdiam diri, Nurmajdina turut mendedahkan dia masih diganggu oleh ‘pihak’ sana dengan dakwaan tidak boleh memberikan zuriat.

“Aku bukan mandul tak bole bagi pewaris.

"Aku lama pendam korang ganggu proses IVF aku BERKALI KALI. Kau dah ganggu rumah tangga aku, kau bawak kaum kau ganggu mental aku.



BERITA TRENDING: Belum Reda Isu Rogol, Wanita Dedah Diganggu Da’i Syed Ketika Isteri Sarat Mengandung, Siap Ajak Ikut Pergi Dubai?

BERITA TRENDING: 'Adik Dengar Kakak Cakap "Tak Nak" Dalam Bilik Air'

BERITA TRENDING:
Isteri Kedua Didakwa Mahu Bolot Harta, Ini Respons Abang Tesla - “Saya Dah Sorokkan Kelahiran Anak..”

BERITA TRENDING: Pemandu Lamborghini Saman Majlis Bandaraya Selepas Kereta Kena Saman

“Lebih setahun aku diam & tak share apa apa. Tapi kau punya kaum ayat masing masing macam aku ni mandul,” ujarnya.

Tidak kisah mahu dilabel sebagai gila dan meroyan, wanita tersebut turut meminta agar orang ramai mendoakannya agar diberi kekuatan untuk menempuh kehidupan.

“Saya banyak diam & simpan sorang macam macam cerita. takpe pon kalau orang nak cakap sekarang saya ni gila & meroyan.

“Sebab korang taktahu full story. Doakan saya selalu, tu je maj minta,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Abang Tesla tampil menyelar tindakan segelintir pihak yang bertindak seperti ‘batu api’ terhadap rumah tangganya.

Sebelum ini, Abang Tesla mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi pada Ogos tahun lalu.

Menurut Abang Tesla dia telah mendapat restu dari isteri pertamanya dan akui reda.

#Hamil #Abang #Mandul #Tesla #Tuduh #Kak Maj #Nurmajdina #isteri no 1,
;