Gadis yang tular selepas rakaman perbualannya bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai komando tampil menjernihkan keadaan.

Gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Aila itu berkata, dia merupakan ejen insurans dan roadtax manakala lelaki yang berada dalam rakaman videonya tempoh hari merupakan salah seorang pelanggannya.
@ailaa.z

I hope that this video clarifies, and the other two will serve as a reminder to all women out there. ??????

♬ original sound - Aila

Menurut gadis itu, tujuan dia merakamkan video berkenaan adalah sebagai cara untuk memberi kesedaran kepada gadis-gadis di luar sana jika melalui situasi sama yang dialaminya.

Dalam masa sama Aila turut memberitahu yang pihak atasan lelaki yang mengganggunya itu telah datang berjumpa dengannya dan meminta maaf.

Menurut Aila, dia diminta untuk terus membuat laporan polis jika terlihat kelibat lelaki yang mengganggunya tempoh hari datang sekali lagi menemui dirinya.

BERITA TRENDING: Wanita Ini Kena 'Tackle' Dengan Jejaka Terpaling Komando, Netizen Seriau; Bahaya Macam Ni..