Diumum Menang Cabutan Bertuah Oleh Pusat Zakat, Individu Buat Tak Layan Sebab Ingat Scammer, Rupa-Rupanya…

Gempak
Disember 30, 2023 02:55 MYT

Seorang pengguna Platform X meluahkan rasa hampa apabila mendapat tahu panggilan dari pusat zakat yang mengumumkan bahawa dia memenangi cabutan bertuah bukanlah satu penipuan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, individu itu beranggapan bahawa panggilan tersebut merupakan dari scammer dan bersikap acuh tak acuh dengan apa yang cuba disampaikan.

BERITA TRENDING: Tak Bantu Warga Asing Minta Sedekah, Netizen Puji Tindakan Zakat Selangor

Bagaimanapun, selepas memeriksa maklumat pemanggil, individu itu mendapat tahu bahawa panggilan yang dibuat adalah dari pusat zakat yang sebenar dan bukannya satu penipuan.

“Semalam ada pusat zakat tiba-tiba buat panggilan video, aku angkat. Dia kata menang cabutan bertuah.
“Bunyi macam scam. Aku jawab hadiah boleh bagi ke orang lain. Lepas letak call aku buat sikit fact check dan panggilan itu adalah benar,” tulisnya.

semalam ada pusat zakat tetiba buat video call, aku angkat. dia kata anda menang cabutan bertuah.. bunyi macam scam ? aku jawab takpe hadiah boleh bagi ke orang lain. lepas letak call aku buat sikit fact check and that call is legit ? https://t.co/vgeS7Vj19P

— Mr Jeni (@realMrJeni) December 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkara itu meraih perhatian netizen di mana ada segelintir yang berseloroh dan ada juga berkongsi pernah memenangi hadiah daripada pusat zakat.
“Tahun lepas bayar dekat Pusat Pungutan Zakat, tiba-tiba dia call cakap dapat cabutan bertuah. Alhamdulillah, saya dapat Air Fryer Phillips saiz XL,”
“Kau call lah balik lepas tu tolong petik nombor telefon aku pula untuk dia call,”
“Biras pernah dapat hadiah wang tunai.”
Setakat artikel ini ditulis, entri itu mendapat hampir 2,000 tanda suka dan lebih 500 repost di aplikasi X.
Sumber: Platform X

#Viral #Hadiah #Cabutan Bertuah #Zakat