Sayu hati netizen apabila kisah sebuah keluarga yang dilihat meminta sedekah berdekatan sebuah cawangan bank di Ampang Point tular di Platform X baru-baru ini.
Banyak yang menzahirkan rasa sedih dan simpati melihat situasi tersebut, termasuk kru Zakat Selangor yang turut turun padang bagi menyantuni keluarga berkenaan.
Bagaimanapun, menerusi entri yang dimuat naik oleh institusi berkenaan, keluarga yang ingin dibantu itu gagal ditemui, sebaliknya mereka menjumpai beberapa warga Rohingnya yang meminta sedekah.
“Kami dah turun untuk santuni mereka petang tadi, tapi mereka tak ada. Tapi lain pula yang kami jumpa,” tulis pertubuhan itu.
