Pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA bercadang mengemukakan saman berjumlah RM5 juta kepada seorang pelakon wanita yang didakwa telah memfitnahnya.

Diva AA berkata tindakan tersebut diambil kerana pelakon wanita tersebut telah mengaitkan kemewahan dirinya dengan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Azmin Ali.

“Kisah saman ini bukan kerana makin hamun dia terhadap saya tetapi kerana dia telah memfitnah saya apabila mengatakan saya telah ‘dispedo’ (ditaja) Azmin Ali.

“Apa yang dia tulis di Instagram (IG) story yang kononnya kemewahan saya pada hari ini kerana ‘dispedo’ Azmin Ali adalah fitnah.

“Perkara ini juga telah saya maklumkan kepada peguam saya dan surat tuntutan saman malu akan dihantar kepada pihak berkenaan dalam masa terdekat,” katanya.

Tambah Diva AA, jumlah tuntutan saman sebanyak RM5 juta itu termasuk tuduhan pelakon wanita tersebut yang mendakwanya sebagai talam dua muka.

“Saya sudah lebih 30 tahun di dalam industri, kalau saya ini talam dua muka tak mungkin stesen televisyen akan panggil saya bekerjasama dengan mereka.

“Jadi, saya tidak mahu ulas panjang-panjang lagi…See you in court!,” katanya.

Dalam pada itu Diva AA menegaskan tindakan juga akan diambil terhadap individu-individu yang yang telah meninggalkan komen berhubung isu melibatkan Azmin Ali.

“Tangkapan skrin sudah dibuat, so tunggu dan lihat sahaja. RM5 juta tuntutan daripada saya tak banyak pun sebab pengikut artis tu 5 juta orang.

“Jadinya pengikut dia boleh boleh tolong kutip RM1 setiap seorang,” katanya sinis.

Azwan berkata demikian ketika menghubungi Gempak sebaik sahaja selesai suntikan vaksin kedua Pfizer di PPV MITEC, Kuala Lumpur.

Terdahulu kontroversi tercetus apabila Diva AA menegur seorang cara berpakaian seorang pelakon wanita di PPV untuk mengambil suntikan vaksin.

Pelakon wanita tersebut bertindak membalas ciapan Diva AA di laman sosial Instagramnya kerana terkejut perkataan ‘b*rit mak hang’ yang ditulis pengacara sensasi itu.