Pelakon dan pensyarah Norzizi Zulkifli akhirnya bergraduasi dan memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris dan Media dari Universiti Wollongong, Australia baru-baru ini.

Namun, perkara yang lebih menyentuh hati apabila Norzizi berkongsi perjalanannya menuntut ilmu dan ujian yang dilaluinya apabila bapanya, Zulkifli Zain diserang strok.

"Ooo hati remuk melihat ekspresi ini... Dua bulan sebelum hantar tesis, pada Jun 2016, saya sudah pulang ke tanah air, sudah kena lapor diri kembali bertugas dan Papa ketika itu baru tiga bulan kena strok.

"Siang saya bekerja, malam dalam pukul 11 atau 12 tengah malam saya akan mula menyiapkan tesis sampai ke pagi dan Papa di tingkat bawah akan memanggil anak-anak untuk melihat keperluannya.

"Dan sesekali kalau dia rasa saya tertidur di atas, dia akan memanggil-manggil saya untuk pastikan saya tak tertidur.

"Kadang penat juga, saya menaip and kejap-kejap Papa panggil, saya turun dan saya naik lagi menyambung penulisan dan turun lagi.

"Begitulah rutin antara 12 tengah malam ke 5 atau 6 pagi. Tapi begitulah... saya sentiasa punya doa dari beliau... Dia tak putus doa buat saya!

Namun, Norzizi diuji apabila bapanya diserang sakit jantung dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ketika dia masih di Australia.

"Doa itu hampir putus bila Januari 2016 papa diserang sakit jantung dan di ICU terus kritikal, saya ketika itu masih di Australia dan saya terbang pulang malam itu juga tatkala 2 bulan lagi saya nak hantar tesis.

"Tapi Allah makbulkan doa kami... aku tetap punya doa itu ke saat akhirnya perjalanan PhD ku... Alhamdulillah.... saya tahu, dia amat menantikan momen ini!" tulisnya.

Ooo hati remuk melihat ekspressi ini.... Dua bulan sblm submit June 2016, saya dah pulang ke tanah air, dah kena lapor diri kembali bertugas dan papa ketika itu baru tiga bulan kena stroke. Siang sy bekerja, malam dlm kul 11 atau 12 malam sy akan mula menyiapkan thesis sampai ke pagi dan papa di tingkat bawah akan memanggil anak2 utk melihat keperluannya dan sesekali kalu dia rasa sy tertidur di atas, dia akan memanggil2 saya utk pastikan sy tak tertidur. Kadang penat juga, saya menaip and kejap2 papa panggil, and sy turun and sy naik lagi menyambung penulisan dan kadang turun lagi ?. Begitulah rutin antara 12 tengah malam ke 5/6 pagi. Tapi begitulah... saya sentiasa punya doa dari beliau... ? dia tak putus doa buat saya! ??? doa itu hampir putus bila January 2016 papa diserang sakit jantung dan di ICU terus kritikal, sy masa tu masih di Australia dan sy terbang pulang malam itu jugak tatkala 2 bulan lg sy nk submit and pulang ke Msia. Tapi Allah makbulkan doa kami... aku tetap punya doa itu ke saat akhirnya perjalanan PhD ku... ? Alhamdulillah.... saya tahu, dia amat menantikan moment ini! ?

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on



Catatan Norzizi itu mengundang sebak netizen yang memuji kesungguhan dan iltizam Norzizi menghabiskan pengajiannya walaupun diuji dengan kesakitan bapanya.



Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @norzizizulkifli