Hiburan

Doa Jadi Viral Dipertikai Netizen, Ini Jawapan Neelofa

gempak
Kamaruddin Razal
25/07/2019
08:53 MYT
Sponsor Banner
Doa Jadi Viral Dipertikai Netizen, Ini Jawapan Neelofa
"Niat saya ikhlas, saya cuma mahu berkongsi dan jika perkara itu menjadi manfaat untuk orang lain, saya rasa sangat bersyukur," kata pelakon dan pengacara popular, Neelofa, 30, ketika ditanya mengenai doanya yang tular di laman sosial menjadi pertikaian sesetengah pihak.
Baru-baru ini, doa yang dikongsi oleh pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor ini di rakaman program Naura Shares edisi haji menjadi viral di laman sosial.
Disebalik penularan terbabit, ada beberapa pihak yang mempertikaikan perkara positif itu dan membuat perbandingan dengan doa yang dikongsi oleh ustaz.
"Semestinya agamawan lebih mempunyai ilmu agama, jadi tidak adil jika membuat perbandingan.
"Bagi saya, jika perkara itu baik, tiada salahnya untuk ia ditularkan dan dipanjangkan. Saya dapat berkongsi dengan semua orang.
"Saya sendiri tak tahu ia menjadi viral. Apabila ramai pihak yang berkongsi, saya merasakan itu adalah susunan Allah dan di luar kuasa saya," katanya kepada Gempak.
Neelofa ditemui di sesi media Lofa Brand di pejabat urusan Naelofar, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Tambah pengacara MeleTOP ini, dia sering menjadikan ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohammed sebagai contoh yang baik setiap kali dia mahu menyampaikan doa.
"Saya dan ahli keluarga lain suka mendengar doa yang keluar dari mulut ibu saya. Doa terbabit keluar dengan spontan dan sedap didengari.
"Jadi, sebelum saya berdoa, saya terlebih dahulu telah mengarang doa yang saya mahukan dan saya mengamalkannya.
"Saya juga bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang sentiasa mendoakan saya agar menjadi contoh yang baik untuk masyarakat.
"Saya rasa bertuah dan beruntung kerana doa ibu amat mujarab dan tiada hijab," katanya menutup perbualan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live