BERITA
Kanak-Kanak Tercekik Gula-Gula Kenyal Meninggal Dunia
Murid Tahun 5 yang dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa telah meninggal dunia pada malam Khamis.
Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) menghembuskan nafas terakhirnya pada jam kira-kira 11 malam.
Perkara itu disahkan oleh ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33, yang menghubungi Sinar Harian melalui aplikasi WhatsApp sebentar tadi.
"Saya baru dapat berita. Fahmi baru saja menghembuskan nafas terakhir. Ibu arwah baru 'call' saya tadi beritahu Fahmi dah tak ada.
"Jenazah akan dikebumikan di kampung nenek arwah di Permatang Binjai, Penaga.
"Saya tidak ada di sana (HPP), jadi saya tak tahu maklumat lebih lanjut. Apa-apa saya maklum semula," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Mohamad Fahmi dilaporkan kritikal di HPP selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
Mangsa sebelum itu dilaporkan tidak sedarkan diri ketika mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth.
BERITA BERKAITAN: Kanak-Kanak Kritikal Selepas Tercekik Gula-Gula Kenyal
BERITA BERKAITAN: Video Pelajar Sekolah Merangkak Buat Netizen Sebak - "Nampak Kesian Tapi Parents Tengah Ajar Dia..."
BERITA BERKAITAN: “Nak Abang Dukung Ke?” - Tular Gelagat Nadhir Nasar Layan Kanak-Kanak, Netizen Pula Yang Jatuh Hati
BERITA BERKAITAN: Sumbang RM700,000 Untuk Hospital Kanak-Kanak Sempena Hari Lahir, J-Hope Janji Nak Buat Setiap Tahun - “Ini Juga Sebagai Tanda…”
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa dikatakan meminta izin daripada gurunya untuk ke tandas selepas dia dikatakan tersedak.
Bagaimanapun, ketika berjalan ke tandas, mangsa rebah dan tidak sedarkan diri.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video