Bekas kumpulan nasyid UNIC, Wan Najdi mengesahkan isterinya, Norzareen Rahim kini positif Covid-19.

Lebih menyedihkan, Najdi memberitahu isterinya kini hamil 37 minggu dan menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata keempat mereka.

“Selepas membuat pemeriksaan terakhir kehamilan sebelum melahirkan bayi kami, doktor meminta isteri saya melakukan ujian swab Covid-19.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu keputusannya menunjukkan positif.

“Kami pasrah dan reda kini isteri saya belum lagi menunjukkan tanda-tanda untuk bersalin,” katanya.

Najdi dihubungi Astro Gempak selepas berkongsi berita duka tersebut di akaun Instagram miliknya.

Pun begitu, dia berharap agar semua mendoakan keselamatan isteri dan anak dalam kandungan sehingga ia dilahirkan.

“Saya minta doakan urusan isteri dan anak saya dipermudahkan dan selamat sehingga proses bersalin nanti.

“Doakan juga moga saya dan keluarga kuat menempuhi ujian ini,” pintanya.

Tambah Najdi dia dan anak-anaknya bakal menjalani ujian swab Covid-19 kerana merupakan kontak rapat.

Najdi yang juga penceramah bebas dari program Imam Muda musim kedua itu bernikah dengan Norazreen pada 29 Januari 2016.

Pasangan itu turut dikurniakan tiga cahaya mata yang lain Wan Nur Maisarah, 5, dan Wan Musthafa, 3 tahun dan Wan Medina, 2.

A post shared by Wan Najdi (@wannajdi)