Pendakwah bebas Da’i Farhan itu kembali menjadi suami kepada bekas isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain.

Perkara itu didedahkan oleh Fatin sendiri menerusi beberapa posting di Instagram Story miliknya.

Menerusi posting berkenaan, Fatin menjelaskan sifat saling memaafkan memberi ketenangan dan itulah akhlak Rasulullah.

“Hati yang memaafkan adalah hati yang sentiasa bersangka baik dengan apa yang berlaku.

"Segala apa yang berlaku sudah tertulis, tiada kebaikan untuk memendam rasa.

“Semoga masa dan hari-hari yang mendatang melupakan memori-memori yang lalu.

"Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat. Amin," katanya.

Menerusi gambar tersebut Fatin dan Da’i Farhan hanya melakukan majlis secara kecil-kecilan memandangkan sekarang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, kebanyakan netizen tampil meluahkan rasa gembira mereka dengan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Rata-rata mereka teruja kerana melihat kedua-duanya kembali disatukan.

Sekadar info, hubungan Da'i Farhan dan Fatin terlerai selepas dia menceraikan isterinya itu menerusi rakaman suara aplikasi WhatsApp pada 3 Disember 2019.

Seminggu sebelum menceraikan Fatin, Da'i Farhan membuat pendedahan telah bernikah dengan janda beranak lapan, Noorainul Naqim Mohd. Radzi atau lebih dikenali dengan Dr Erin

Walaubagaimanapun, jodoh Da'i Farhan dengan Dr Aireen tidak berpanjangan apabila mereka disahkan bercerai pada 27 April tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup dengan Fatin, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata berusia tiga dan satu tahun.