Pelakon Fizo Omar mengakui bersyukur apabila diberikan peluang untuk kembali berlakon selepas sekian lama sibuk menguruskan oerniagaan yang dijalankan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fizo menjelaskan dia masih belum puas untuk berlakon bersama para pelakon muda yang mempunyai bakat besar.

"Tahniah kak @ermafatima & team drama Bukan Cinta Aku jadi satu fenomena dekat Malaysia hampir setiap malam trending. Terima kasih juga sudi bagi peluang dekat saya untuk turut sama berlakon dalam drama ni.

"Walaupun watak Sam dikecam teruk oleh persatuan makcik bawang Malaysia tapi tak apa saya enjoy nak berlakon dan ini kira pengalaman baru bagi saya.

"Rasa tak puas dan rindu nak berlakon lebih-lebih lagi dengan zaman sekarang ni ramai barisan pelakon-pelakon baru yang mantap, pengarah hebat & producer yang tersohor.

"InshaAllah doakan saya diberi kesempatan, ruang, masa & tenaga untuk kembali aktif dalam bidang lakonan disamping nak uruskan bisnes kecil-kecilan," tulisnya.

Tahniah kak @ermafatima & team drama Bukan Cinta Aku jd satu fenomena kat Malaysia hampir setiap malam trending.. Terima kasih juga sudi bg peluang kat saya utk turut sama berlakon dlm drama ni.. Walaupun watak Sam dikecam teruk oleh persatuan makcik bawang Malaysia tp takpe saya enjoy nak berlakon & ni kira pengalaman baru bg saya.. Rasa tak puas & rindu nak berlakon lebih lebih lg dgn zaman sekarang ni ramai barisan pelakon-pelakon baru yg mantap, pengarah hebat & producer yg tersohor.. inshaAllah doakan saya diberi kesempatan ruang masa & tenaga utk kembali aktif dalam bidang lakonan di samping nak uruskan bisnes kecil kecilan.. So korg layan ke tak cerita #BukanCintaAku ni? Dengar cerita sampai sekarang masih trending nombor 1 kat twitter.. Korang team siapa? Cer komen sikit bawah ni pasal drama Bukan Cinta Aku

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji lakonan Fizo dan berharap dia dapat kembali aktif memeriahkan kembali industri lakonan di Malaysia.

"@fiseohyun: I wish fizoo buat comeback, jadi hero semula."

"@Ritoak: Suka tengok Fizo berlakon, semoga selepas ini masih diberikan peluang untuk kembali aktif."

"@tudin: Harap selepas ini Fizo dapat watak yang lebih mencabar dan memeriahkan semula industri lakonan di Malaysia."


Bakat Fizo mula dicungkil oleh pengarah, Rashid Sibir ke dunia lakonan menerusi drama Elite dan dia diberikan kepercayaan untuk membawa watak dalam drama tersebut.