"Doakan Saya Diberi Kesempatan, Ruang, Masa & Tenaga Untuk ....." - Fizo Omar

Rozaimi Zubaidi
Julai 3, 2019 05:43 MYT
Pelakon Fizo Omar mengakui bersyukur apabila diberikan peluang untuk kembali berlakon selepas sekian lama sibuk menguruskan oerniagaan yang dijalankan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fizo menjelaskan dia masih belum puas untuk berlakon bersama para pelakon muda yang mempunyai bakat besar.
"Tahniah kak @ermafatima & team drama Bukan Cinta Aku jadi satu fenomena dekat Malaysia hampir setiap malam trending. Terima kasih juga sudi bagi peluang dekat saya untuk turut sama berlakon dalam drama ni.
"Walaupun watak Sam dikecam teruk oleh persatuan makcik bawang Malaysia tapi tak apa saya enjoy nak berlakon dan ini kira pengalaman baru bagi saya.
"Rasa tak puas dan rindu nak berlakon lebih-lebih lagi dengan zaman sekarang ni ramai barisan pelakon-pelakon baru yang mantap, pengarah hebat & producer yang tersohor.
"InshaAllah doakan saya diberi kesempatan, ruang, masa & tenaga untuk kembali aktif dalam bidang lakonan disamping nak uruskan bisnes kecil-kecilan," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji lakonan Fizo dan berharap dia dapat kembali aktif memeriahkan kembali industri lakonan di Malaysia.
"@fiseohyun: I wish fizoo buat comeback, jadi hero semula."
"@Ritoak: Suka tengok Fizo berlakon, semoga selepas ini masih diberikan peluang untuk kembali aktif."
"@tudin: Harap selepas ini Fizo dapat watak yang lebih mencabar dan memeriahkan semula industri lakonan di Malaysia."
Bakat Fizo mula dicungkil oleh pengarah, Rashid Sibir ke dunia lakonan menerusi drama Elite dan dia diberikan kepercayaan untuk membawa watak dalam drama tersebut.
#pelakon #Fizo Omar #Pelakon