Pelakon Puteri Sarah Liyana mengakui kemelut rumah tanggah di antara dia dan suami sudah menemui jalan penyelesaian.
Puteri Sarah turut memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.
"Kami sudah berbincang dan menemui jalan penyelesaian. Apa yang boleh dikatakan, saya dan suami dalam fasa berbaik. Kami mengharapkan doa yang baik.
"Janganlah mengharapkan perkara buruk kerana saya tahu apabila saya jatuh, ada orang akan gelak dan tepuk tangan. Jadi, saya takkan membiarkan rumah tangga kami hancur sebegitu," katanya kepada BH Online.
Puteri Sarah mengulas perkembangan konflik rumah tangga ketika pada majlis pengumuman sebagai duta Kedai Emas Siti Jewels, pada Sabtu lalu.
Sebelum ini, kisah rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul kecoh diperkatakan apabila pasangan sudah hampir tiga bulan tidak tinggal sebumbung.
Biarpun rumah tangganya diuji, Puteri Sarah berkata, dia tetap bersyukur kerana ujian membawa lebih banyak rezeki padanya dan dua cahaya mata.
"Walaupun pada 2020 ada perkara buruk yang berlaku dalam hidup saya, Allah gantikan dengan rezeki yang melimpah ruah. Rezeki yang lebih baik untuk saya dan anak-anak.
"Saya melihat 2021 adalah permulaan yang baik untuk saya dan anak-anak. Mereka juga baru sahaja menandatangani kontrak untuk menjadi duta kepada produk bayi. Dalam masa yang sama, saya juga dilantik sebagai duta.
"Selain itu, saya juga baru selesai menjayakan telefilem Rindu Rahman, Jangan Curi Hati Saya dan drama Melastik Ke Hatimu untuk siaran TV3. Saya juga baru memulakan penggambaran drama Ustazah Robotik bersama TV Alhijrah,” katanya.
Melihat perkembangan hidup yang positif, Puteri Sarah berharap, 2021 akan menjadikan dirinya insan yang lebih baik.
"Pada 2021 ini saya mengharapkan perkara lebih baik berlaku dan insya-Allah moga dipermudahkan semuanya. Tahun ini juga saya mula menyertai kelas usrah sebab saya merasakan perlu mendalami ilmu agama.
"Apabila menghadiri majlis ilmu, ada malaikat yang bersama kita, itu yang membuatkan saya jadi tenang dan lupa sekejap hal dunia.
"Saya juga cuba ubah hidup menjadi lebih positif, bahagia dan tenang. Sebaik-baiknya, saya baiki diri terlebih dadulu barulah boleh betulkan orang lain," kata ibu kepada Syaikhul Islam, 3 dan Sumayyah,
Fiza Kamarudin
Tue Jan 05 2021


“Komen Itu Ganggu Mental” - Emosi Niezam Zaidi Terganggu, Mahu Lupakan Detik Hitam & Cari Ketenangan
Dasyatnya komen netizen, kadang takut tengok.

“Saya Tutup Komen Bukan Bermaksud Saya Takut Atau Kalah” - Elyana Akui Mahu Letak Batas Di Media Sosial
Elyana beri sebab kenapa tutup komen di Instagram
![[VIDEO]Lelaki Tertinggal Anak Ketika Bawa Lari Motosikal Curi! [VIDEO]Lelaki Tertinggal Anak Ketika Bawa Lari Motosikal Curi!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/asbp/curimotor.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO]Lelaki Tertinggal Anak Ketika Bawa Lari Motosikal Curi!
Tertinggal anak ketika mencuri motosikal
![[VIDEO] Netizen Sakit Mata Lihat Gelagat Aliff Syukri & Baby Shima Menari Untuk Klip Video - “Makin Pelik-Pelik…” [VIDEO] Netizen Sakit Mata Lihat Gelagat Aliff Syukri & Baby Shima Menari Untuk Klip Video - “Makin Pelik-Pelik…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/aliff-syukri-baby-shima.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Netizen Sakit Mata Lihat Gelagat Aliff Syukri & Baby Shima Menari Untuk Klip Video - “Makin Pelik-Pelik…”
Netizen kritik Aliff Syukri & Baby Shima
![[VIDEO] Menyanyi & Bergelek Di Majlis Akikah, Ifa Raziah, Kak KM Dikecam Netizen - “Mana Nak Dapat Keberkatan” [VIDEO] Menyanyi & Bergelek Di Majlis Akikah, Ifa Raziah, Kak KM Dikecam Netizen - “Mana Nak Dapat Keberkatan”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ifa-raziah-kak-km.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Menyanyi & Bergelek Di Majlis Akikah, Ifa Raziah, Kak KM Dikecam Netizen - “Mana Nak Dapat Keberkatan”
Ifa Raziah & Kak KM dikecam netizen

Kiambang Beracun | The Maid 2 - Episod 6
Kak Mel dan Fika intip pergerakan Kiambang. Mereka masuk kelas MMA yang diajar oleh Kiambang dan setelah melihat aksi Kiambang bertarung, mereka semakin yakin Kiambanglah pembunuh sebenar! Saksikan drama bersiri THE MAID 2, Cinta Dirampas, Dendam Dibalas setiap Rabu jam 9.30 malam di Astro Ria. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. Dapatkan #PekPrimary hanya RM59.99! Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838 #DramaTheMaid2 #CintaDirampasDendamDibalas #GempakOriginalSeries #AstroRia

Siapa Sa'abon? | The Maid 2 Video Pengakuan - Episod 6
Sa’abon mati terkena kejutan elektrik dan suspek pembunuh masih tidak diketahui. Pelbagai spekulasi dibuat akibat kematian editor novel itu. Saksikan drama bersiri THE MAID 2, Cinta Dirampas, Dendam Dibalas setiap Rabu jam 9.30 malam di Astro Ria. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. Dapatkan #PekPrimary hanya RM59.99! Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838 #DramaTheMaid2 #CintaDirampasDendamDibalas #TheMaidVideoPengakuan #GempakOriginalSeries #AstroRia

Pengakuan Amitabh Bachchan Kena Buli Cyber: “Gambar Saya Pun Kena Kutuk”
Amitabh Bachchan pun tidak terlepas mengalami nasib sama ; dibuli di alam maya.

Punyalah Cantik, Kekasih Ariel Tatum Pilih Curang Dengan Sesama Jenis
Kecantikan Ariel Tatum, pelakon, penyanyi dan model Indonesia ini selalu menjadi pujian dan dambaan banyak lelaki.

“Best, Santai Dan Dekat Dengan Kehidupan Kita” – Penonton Boleh Relate Dengan Mesej Yang Dibawakan Dalam Filem Kalut Nak Kahwin
Yang dah tonton Kalut Nak Kahwin semua seronok