“Doakan Yang Terbaik”- Ashraf Muslim Umum Bakal Timang Bayi Ke-4

Syafiqah Jalal
Jun 25, 2018 07:32 MYT
Pelakon Ashraf Muslim mengumumkan bakal menimang cahaya mata ke empat.
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Ashraf Muslim memberitahu isteri keduanya, Wan Sakinah kini sedang hamil zuriat keempatnya.
Ashraf meminta agar semua mendoakan yang terbaik buat keluarganya.
“InsyaAllah bilangan ahli keluarga Ashraf akan bertambah.
“Doakan yang terbaik untuk keluarga kami ya,” tulisnya.
Ashraf turut memuat naik foto kedua-dua isterinya.
Dari foto yang dimuat naik itu menunjukkan perut Wan Sakinah dipegang mesra oleh isteri pertamanya, Noor Dayana.
Hasil perkahwinan bersama dua orang isteri tersebut Ashraf Muslim mempunyai seorang anak perempuan dan dua orang anak lelaki.
Wan Sakinah melahirkan dua orang puteri iaitu Sarah Ashraf dan Adam Ashraf
Sementara Noor Dayana melahirkan seorang anak lelaki Anas Ashraf.
Foto: IG Ashraf Muslim
#pelakon #Anak #Ashraf Muslim #Pelakon #Isteri Dua