Hiburan
"The Doctor Said Its Fine For Pregnant Woman To Puasa Even .." - Elfira Loy
Pelakon Elfira Loy berkongsi pengalaman hamil ketika menunaikan ibadah puasa.
Menerusi Instagram Stories miliknya, Elfira akui pada mulanya agak susah dengan keadaan dirinya yang berasa loya, muntah angin dan tidak selesa.
"Okay, today is my first day trying to puasa. Memang agak tough halfway rasa loya, muntah angin dan tak selesa sangat.
"But the doctor said its fine for pregnant woman to puasa even its their first/second/third trimester.
"Tapi memang susah, taktahu nak describe feeling sakit tu cemana tapi cuba, so i took a nap, bangun masak dah berbuka.
"Tapi masa berbuka, memang rasa nak pengsan takleh masuk food.
"But alhamdulillah now I feel like eating again," tulisnya.
Tambah Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy berkata ajakan suami, Muhammad Faris Khairol Anuar untuk menunaikan solat terawih bersama memberi semangat untuk dirinya melakukan.
"But puasa setahun sekali je. Bila suami ajak buat sekali dan you cakap penat tapi dia ajak je so it motivates me to just kuatkan dan solat.
"Solat terawih is a challenge for me. Semalam pergi sakit belakang sangat dan rasa uncomfortable sebab macam mengah," tulisnya lagi.
Elfira dan Faris berkahwin pada 1 Januari 2019 yang lalu di sebuah majlis tertutup dan kini sedang hamil anak pertama.
Must-Watch Video