Hiburan

“Dok Braso Tengok Ni Sekok Perut Ngila” - Syif Malam Raya Belum Tayang Tapi Ramai Dah Tak Sabar

Mya Amri
18/05/2020
14:30 MYT
Walaupun filem Syif Malam Raya belum ditayangkan namun ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat lakonan bintang sosial media iaitu Yoe Parey, Asif Suhaimi dan Syahmi Sazly.
Menerusi sedutan filem yang dikongsi Syahmi di akaun Instagramnya, rata-rata pengikut sudah mula menunjukkan reaksi positif. Baru sahaja dimuat naik dua hari lalu, video pendek yang merakamkan gelagat Yeo, Asif dan Syahmi itu telah menerima lebih 300,000 tontonan.
Tinjau diruangan komen menunjukkan pengikutnya begitu teruja menantikan lakonan pertama tiga sekawan itu Selain itu, Syif Malam Raya juga turut menampilkan barisan pelawak seperti kumpulan Zero iaitu Atu, Sharif dan Syaiful, Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, dan juga aktres Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia serta Shiela Mambo.
BACA: Bila Zero, Yoe Parey, Asif Suhaimi Bergabung, Syif Malam Raya Comfirm Pecah Perut
Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 21 Mei 2020.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tu Dia! Syif Malam Raya Mai Pawagam Wey! Confirm Berdekah

gempak
30/07/2020
05:44 MYT
Hiburan

“Satu Kampung Suka, Lawak Memang Tak Boleh Bincang” – Atu Dedah Sikap Syahmi, Asif Dan Yoe

gempak
10/06/2020
11:31 MYT
Hiburan

“Babak Kata Adik Terenjat Akal Itu Paling Beri Kesan, Tak Semua Faham…” – Reen Rahim

gempak
09/06/2020
11:00 MYT
Hiburan

Wohoo Masih Utuh! Syif Malam Raya Berjaya Kekal Di Tangga #1 Dalam Carta Filem Top 5 Astro First!

gempak
09/06/2020
10:29 MYT
Hiburan

“Syahmi, Asif Dan Yoe Punya Impak Memang Gila!” - Sharif Zero Kagumi Tiga Sekawan

gempak
04/06/2020
22:46 MYT