Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Dok Braso Tengok Ni Sekok Perut Ngila” - Syif Malam Raya Belum Tayang Tapi Ramai Dah Tak Sabar

Mya Amri
18/05/2020 14:30 MYT
Walaupun filem Syif Malam Raya belum ditayangkan namun ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat lakonan bintang sosial media iaitu Yoe Parey, Asif Suhaimi dan Syahmi Sazly.
 
Menerusi sedutan filem yang dikongsi Syahmi di akaun Instagramnya, rata-rata pengikut sudah mula menunjukkan reaksi positif.
 
Baru sahaja dimuat naik dua hari lalu, video pendek yang merakamkan gelagat Yeo, Asif dan Syahmi itu telah menerima lebih 300,000 tontonan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sedikit sedutan scene Yoe, Asif, Mi dlm Filem Syif Malam Raya yang akan ditayangkan di Astro First bermula 21hb ini! 3 hari lagi! Mi nk mintak share dkt story masing2 ye? @syifmalamraya_official #SyifMalamRaya

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli) on

 
Tinjau diruangan komen menunjukkan pengikutnya begitu teruja menantikan lakonan pertama tiga sekawan itu
 
Selain itu, Syif Malam Raya juga turut menampilkan barisan pelawak seperti kumpulan Zero iaitu Atu, Sharif dan Syaiful, Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, dan juga aktres Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia serta Shiela Mambo.
 
BACA: Bila Zero, Yoe Parey, Asif Suhaimi Bergabung, Syif Malam Raya Comfirm Pecah Perut
 
Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 21 Mei 2020.
 
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
 
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
#Syif Malam Raya