Berita

Doktor Berjaya Keluarkan Seekor Ikan Hidup Dalam Kerongkong Nelayan

gempak
Syafiqah Jalal
14/11/2020
06:00 MYT
Sponsor Banner
Doktor Berjaya Keluarkan Seekor Ikan Hidup Dalam Kerongkong Nelayan
Semalam, tular kisah seorang nelayan tercekik seekor ikan yang masih hidup di kerongkongnya.
Ramai yang terkejut kerana ikan hidup itu selamat dikeluarkan oleh doktor dari dalam mulut lelaki dari Mesir itu.
Menurut laporan CTV News, kejadian itu berlaku di Kaherah apabila mangsa yang berusia 40 tahun, mengemam ikan tersebut di dalam mulut ketika cuba menangkap seekor ikan lain menggunakan kedua-dua tangannya.
Bagaimanapun, badan ikan itu licin menyebabkan dia tertelan haiwan tersebut yang melekat di dalam tekaknya.
Mangsa yang tidak boleh bercakap atau bernafas secara sempurna kemudian dibawa ke Hospital Pakar Beni Suef dekat Kaherah untuk mendapatkan rawatan.
Doktor akhirnya berjaya mengeluarkan ikan itu dari tekak mangsa pada Sabtu lalu.
Satu rakaman video menunjukkan seorang doktor menarik keluar ikan berukuran hampir satu meter itu menggunakan sebelah tangan.
Mangsa kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi untuk rawatan lanjut.
Sumber: CTV News
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live