Hiburan
"Doktor Cakap Cyst Ni Tak Ada Ubat ..." - Mawar Rashid Bimbang, Takut Nak Bedah Buang Cyst
Pelakon Mawar Rashid meluahkan rasa bimbang untuk sekiranya perlu menjalani pembedahan untuk membuang cyst.
Malah, lebih merisaukan isteri kepada Raf Yaakob itu memberitahu tiada penawar untuk merawatnya.
"Sesiapa pernah ada cyst, boleh tak cerita pengalaman anda.
"Doktor cakap cyst ni tak ada ubat. Tapi saya tak nak bedah untuk buang cyst," tulisnya yang turut berkongsi sekeping foto ketika sedang menjalani prosedur imbasan MRI.
Justeru, Mawar memohon pandangan dan petua daripada peminat untuk membantunya membuang cyst tanpa perlu pembedahan.
"Sesiapa tahu tak cara yang berhasil nak buang cyst tanpa pembedahan? Tolong saya," rayu Mawar.
Perkongsian itu mendapat perhatian peminat yang memberikan pelbagai tips, petua dan pengalaman berdepan masalah kesihatan itu.
"Saya ada cyst 6x8cm Alhamdulillah hilang. Amalkan minum peria katak sebiji sehari dan minyak kelapa dara sesudu sehari," kongsi @izzulnana.
"Saya dulu ada cyst. Doktor pun cakap kena bedah tapi saya amalkn minum air butterfly tea selama 2 kotak sahaja cyst saya mengecut," tambah @aldamaalwani.
"Kurangkan makan makanan laut dan bergaram/bergula, lebihkan ikan dan sayuran, minum banyak air," sahut pengguna lain pula.
Cyst merupakan ketumbuhan pada ovari lazimnya mengandungi cecair, ia berlaku ketika proses ovulasi dan pada saat telur (ovum) dikeluarkan pada setiap bulan.
Kebanyakan wanita yang mempunyai cyst yang tidak mempunyai apa-apa masalah termasuk membawa mudarat dikategorikan functional cyst yang berlaku di atas sebab fisiologi dan bukan kanse
r.
Must-Watch Video