Pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza akui tidak kisah tentang jantina anak ketiga mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Menurut Norman, dia lebih mementingkan kesihatan bayi di dalam kandungan isterinya yang kini berada dalam trimester kedua.

Norman memberitahu perkara itu menerusi akaun Instagram (IG)nya harini.

Aktor itu memuat naik satu foto beserta hashtag ##22minggu2hari #DocCakapNoBurungSee #Wallahualambissawab dan #TakKisahBoyKeGirlYangPentingBabySihatWalafiatAamiinYaRabb.

5th check-up on the 2nd trimister.Alhamdulillah #22minggu2hari #DocCakapNoBurungSee #Wallahualambissawab #TakKisahBoyKeGirlYangPentingBabySihatWalafiatAamiinYaRabb . . "Ya Allah..peliharalah zuriat ini.Peliharalah Ibu yang sedang mengandungkan zuriat ini.Sihat sejahterakanlah kedua2 mereka ini Ya Allah.Semoga zuriat didalam kandungan ini akan menjadi hambaMu yang sempurna pada segala sifat dalaman & luarannya,taat kepada segala perintah & laranganMu serta taat kepada kedua ibubapanya Ya Allah..Aamiin Ya Rabbal Alamiin❤️ #normey3rdjr

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Dalam pada itu, Memey juga turut memuat naik video pendek sewaktu menjalani pemeriksaan bayi hari ini.

“Result dari pemeriksaan tadi. Dengar tak apa Dr.Zarina cakap? Hehe. Doakan jelah yang terbaik. Mana-mana pun okay. Saya akan update dari semasa ke semasa inshaAllah #normey3rdjr #noburungsee,” tulisnya.

Result dr check up tadi.. Dengar tak apa Dr.Zarina cakap? Hehe.. Doakan jelah yg terbaik? Mana2 pun ok..Sy akn update dr semasa ke semasa inshaAllah ❤️ . . #normey3rdjr #noburungsee

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Melalui perkongsian itu, rata-rata pengikut pasangan ini melahirkan rasa tidak sabar menantikan kelahiran bayi itu dan berdoa agar Memey serta kandungannya berada dalam keadaan sihat.

Norman dan Memey dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.

Manakala melalui perkahwinan dengan Abby Abadi, Norman dikurniakan tiga zuriat iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10 tahun.

Foto: Instagram @normanhakim_786 / @memeysuhaiza

Teks oleh: Mya Amri